TANJONG KARANG: Dua cedera selepas kereta Proton Iswara dinaiki merempuh pagar sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di Kampung Sungai Burong dekat sini pada Khamis.
Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 36 tahun dan wanita 19 tahun cedera akibat tersepit dalam kenderaan terbabit.
Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, terdapat kira-kira 15 kanak-kanak sedang mengikuti sesi pembelajaran di tabika berkenaan.
"Saya terdengar bunyi dentuman kuat dan segera keluar bagi mendapatkan kepastian dan terkejut apabila kereta dinaiki dua mangsa itu terbabas dan terbalik di pagar tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau memberitahu, lelaki yang juga pemandu kereta itu berjaya dikeluarkan orang awam manakala wanita diselamatkan bomba.
Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak melibatkan mangsa lain termasuk kanak-kanak tabika terbabit.
Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.36 pagi.
"Seramai empat anggota termasuk pegawai dikerah dalam operasi itu dan sebaik tiba kami berjaya mengeluarkan mangsa dengan selamat dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.
"Operasi itu berjalan lancar dan ditamatkan sepenuhnya jam 9.50 pagi," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 03 2023
Keadaan kereta mangsa yang terbalik akibat melanggar pagar tabika di Kampung Sungai Burong pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Polis sahkan terima laporan lelaki ganggu jemaah masjid TTDI
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood pada Khamis, laporan polis itu dibuat berdasarkan sebuah video tular memaparkan lelaki tersebut mengganggu serta melakukan beberapa kerosakan di masjid tersebut.
Aktiviti edar, proses dadah dalam hutan tumpas
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir Pulau Pinang susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang Rabu
Geng Atan tumpas, didakwa 10 pertuduhan di mahkamah pada Jumaat
Geng pecah rumah dan curi kenderaan yang dikenali sebagai Geng Atan berjaya ditumpaskan polis dalam Op Pintu, Lejang, bulan lalu.
KLN beri bantuan rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi
Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Dua cedera kereta rempuh pagar tabika
Terdapat kira-kira 15 kanak-kanak sedang mengikuti sesi pembelajaran di tabika berkenaan.