MELAKA: Keluarga seorang pelajar perempuan, Nur Hannah Khalisa Mohd Khalid, 17, yang dilaporkan hilang sejak dua bulan lepas, merayu agar gadis itu kembali ke rumah mereka di Jalan Mayat, Padang Temu, di sini.
Kakak sulungnya, Nur Hidayah Khalida, 25, berkata, adiknya itu meninggalkan kediaman mereka sejak 1 Dis lepas tanpa sebarang pesanan serta tidak membawa beg pakaian.
Menurutnya, seorang lagi kakak yang terakhir melihat Nur Hannah Khalisa sebelum remaja itu hilang memaklumkan adik bongsu mereka berpakaian sukan sekolah warna biru dan putih selain turut membawa kawan perempuan berusia 14 tahun dan kemudian keluar dari rumah mereka kira-kira pukul 4.30 petang.
"Namun selepas itu, kami dapati dia tidak pulang ke rumah dan ibu saya, Nur Ramziah Mislahon, 44, bersama seorang lagi adik lelaki saya membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Baru keesokannya.
"Kami juga telah bertemu dengan kawan yang dia bawa ke rumah kami pada hari itu tetapi dimaklumkan kali terakhir dia berjumpa Nur Hannah Khalisa adalah di lorong Jalan Mayat berhampiran rumah kami pada hari itu dan kemudian membawa haluan masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Nur Hidayah Khalida berkata, mereka juga buntu kerana telah melakukan pencarian di merata tempat di negeri ini termasuk di sekolah dan tempat yang selalu dikunjungi adiknya, namun, masih tidak berhasil.
Katanya, dia juga telah bertemu dengan seorang lagi kawan baik Nur Hannah Khalisa yang tinggal di Semabok, bagaimanapun, rakan adiknya itu memaklumkan tidak mempunyai maklumat dan tidak dapat menghubungi Nur Hannah Khalisa.
"Disebabkan ibu tidak berapa tahu menggunakan media sosial, saya ada membuat beberapa hantaran mengenai kehilangan adik saya untuk meminta tolong orang ramai membantu mengesan atau menjejakinya.
"Sehingga kini kami masih belum ada apa-apa perkembangan tentang kehilangannya dan berharap kerjasama daripada orang ramai bagi membantu mencari adik selain meminta bantuan polis," katanya.
Sebarang maklumat boleh menghubungi talian 0147104790 (Nur Ramziah) dan 01163195738 (Nur Hidayah Khalida). - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023
Nur Hannah Khalisa Mohd Khalid, 17, yang dilaporkan hilang sejak dua bulan lepas, dirayu kembali ke rumah mereka di Jalan Mayat, Padang Temu, Melaka.
Polis siasat penemuan mayat bayi masih bertali pusat di Rawang
Mayat bayi perempuan yang tiada pengenalan diri itu ditemukan oleh seorang ahli kariah Surau Al-Hidayah Kampung Melayu di Pekan Rawang.
PM anwar adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
Remaja perempuan 14 tahun 'diculik': Netizen kongsi simpati, seru ambil teladan
Insiden gadis remaja 14 tahun yang mereka cerita diculik mendapat perhatian media sosial. Netizen memberi pandangan, kritikan, dan simpati.