KLANG: Dua beranak yang videonya tular di media sosial kerana menghalang laluan sebuah ambulans, dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya dan menghalang perjalanan ambulans, minggu lepas.
K. Moganasuntharan, 63, dan anaknya, Kartik, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan, yang dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid dan Noorjidah Mohd Jusan.
Di hadapan Amirul Asyraf, mereka masing-masing didakwa telah menunggang motosikal dan memandu van secara berbahaya kepada orang awam di Jalan Tepi Sungai, di sini, pada 2 petang, 24 Mac lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Penggangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000, serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen selama tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di hadapan Noorjidah, Moganasuntharan mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan telah dengan sengaja menghalang perjalanan sebuah ambulans yang dipandu Muhammad Nur Aqhari Rosli, 22, di tempat dan masa sama dan didakwa mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum sebulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.
Amirul Asyraf kemudiannya mengenakan jaminan RM3,000 dan satu penjamin kepada setiap tertuduh, bagi kesalahan menunggang dan memandu kenderaan secara berbahaya, manakala bagi kesalahan menghalang ambulans, Noorjidah membenarkan Moganasuntharan dilepaskan dengan jaminan RM1,000 serta seorang penjamin.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 1 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Ayuni Jamri dan TPR Muhd Hanis Zulkapli, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam A. Biranta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
Mereka masing-masing didakwa telah menunggang motosikal dan memandu van secara berbahaya kepada orang awam di Jalan Tepi Sungai, di Klang, pada 2 petang, 24 Mac lepas. - Foto ihsan pembaca
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Dua beranak tular halang ambulans, didakwa
Dua beranak yang videonya tular di media sosial kerana menghalang laluan sebuah ambulans, dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan.
Dua lelaki ditahan kes halang ambulans
Polis menahan dua lelaki kerana disyaki menghalang laluan ambulans yang sedang membawa pesakit ke hospital semalam.