KUALA KANGSAR: Semasa orang ramai menyambut Aidilfitri petang semalam, Muhammad Azhar Tahar Suhaimi, 23, bersama ibunya tersentak, hanya mampu melihat rumah pusaka yang didiami mereka di Kampung Sayong Tengah di sini hangus dijilat api, dan hari ini tempat berteduh bagi mereka untuk hari-hari berikutnya, masih nampak samar.
Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang 1 Syawal yang memusnahkan rumah kampung dua tingkat berusia lebih 60 tahun yang didiami Muhammad Azhar bersama ibunya Halimah Bistaman, 66, itu dengan sekelip mata mengakibatkan dua beranak kini tiada lagi tempat tinggal, terpaksa menumpang di rumah saudara.
Menceritakan mengenai kejadian, Muhammad Azhar yang melecur pada kanan tangan, bahu dan kanan kepala akibat kebakaran itu berkata beliau bersama ibunya hanya sempat menyelamatkan beg duit serta kunci keretanya semasa kejadian.
Pelajar semester dua Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Arkitek Landskap itu berkata beliau buntu, bagaimana hendak menghadiri kuliah secara dalam talian Isnin depan memandangkan komputer ribanya telah rosak dan telefon bimbitnya pula hangus dalam kebakaran.
"Semua pelan-pelan lukisan dan hasil projek tahun akhir ketika diploma dahulu turut terbakar. Saya tidak tahu hendak buat macam mana untuk menyertai kelas Isnin depan. Mungkin saya perlu meminjam dahulu telefon bimbit kawan saya untuk sertai kelas dalam talian," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
"Saya juga harap agar ada bantuan rumah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mana-mana pihak, memandangkan saya masih belajar dan tinggal berdua sahaja dengan emak yang kini hilang tempat berteduh," katanya.
Sementara itu Halimah berkata beliau sama sekali tidak menyangka kejadian berkenaan akan menimpa mereka dua beranak di hari pertama Syawal.
Bekas pekerja kilang yang menerima bantuan bulanan Baitulmal itu berkata dia hanya membuat persediaan Hari Raya Aidilfitri secara sederhana berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang melarang aktiviti ziarah tahun ini.
"Saya berasa amat sedih dan tidak dapat menyelamatkan barang-barang penting, malah lebih sedih lagi apabila kejadian berlaku pada petang raya, namun saya berterima kasih kerana ramai jiran-jiran yang prihatin dan memberi bantuan makanan serta sumbangan.
"Saya tetap reda dan bersyukur kerana kami berdua selamat walaupun buat masa ini kami terpaksa menumpang di rumah saudara yang tinggal berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 14 2021
Mangsa kebakaran Muhammad Azhar Tahar Suhaimi, 23, bersama ibunya Halimah Bistaman, 66, bergambar di hadapan rumah yang musnah mereka yang musnah akibat kebakaran di Kampung Sayong Tengah hari ini. - fotoBERNAMA
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.