KUALA TERENGGANU: Dua beradik kerugian RM658,000 selepas diperdaya sindiket 'Phone Scam' yang menyamar sebagai pegawai insurans dan polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata mangsa pertama ialah seorang wanita berusia 56 tahun yang bertugas sebagai guru manakala kakaknya, 62, seorang pesara swasta.
Beliau berkata kejadian bermula pada 28 Feb lepas selepas masing-masing menerima panggilan telefon daripada pihak sindiket yang mendakwa maklumat diri mereka telah disalah guna untuk aktiviti pengubahan wang haram dan dadah.
Menurut Abdul Rahim suspek kemudian menawarkan pertolongan kepada mangsa dengan mengarahkan supaya masing-masing membuka satu akaun bank lain untuk memudahkan urusan pindahan wang.
"Dengan menggunakan alasan untuk membantu, suspek meminta mangsa masing-masing membuka akaun bank lain dan memberikan maklumat tersebut kepada pihak sindiket.
"Mangsa yang ketakutan dan bimbang berdepan tindakan undang-undang hanya menurut arahan tersebut tanpa berfikir panjang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rahim berkata sindiket tersebut kemudian mengarahkan kedua-duanya memindahkan wang simpanan mereka ke dalam akaun baharu dan mereka dilarang daripada menggunakan akaun berkenaan sehingga kes pengubahan wang haram dan dadah itu diselesaikan.
Mangsa hanya menyedari ditipu selepas membaca satu artikel berkaitan 'Phone Scam' dalam sebuah akhbar dan terus membuat semakan ke atas akaun baharu berkenaan.
"Seorang daripada mangsa mendapati wang hasil simpanan dalam akaun tersebut telah berkurang sebanyak RM500,000 manakala seorang lagi sebanyak RM158,000. Mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu semalam," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta supaya lebih berwaspada dengan taktik penipuan jenayah yang sangat licik pada masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Dua beradik kerugian RM658,000 selepas diperdaya sindiket 'Phone Scam' yang menyamar sebagai pegawai insurans dan polis. - Gambar hiasan
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Pesara bank rugi RM1.44 juta akibat terperdaya 'phone scam'
Mangsa diperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai 'pegawai MCMC'.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
Suri rumah warga emas rugi lebih RM1.37 juta, terperdaya 'phone scam'
Seorang suri rumah warga emas rugi lebih RM1.37 juta akibat terpedaya dengan panggilan penipuan (phone scam) menawarkan skim pelaburan yang kononnya dianjurkan oleh institusi perbankan tertentu.
Warga emas rugi RM178,700 akibat terperdaya 'phone scam'
Mangsa telah diarahkan untuk membuat pindahan ke dalam lima akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM178,700.
Syarikat kurier tidak buat panggilan kepada pelanggan minta pindahan wang - Polis
Syarikat kurier tidak akan membuat panggilan kepada pelanggan bagi meminta pindahan wang dilakukan untuk mendapatkan barangan mereka yang sedang dalam pemeriksaan.
Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya daripada ibu pejabat sebuah syarikat penghantar barang terkemuka di Kuala Lumpur.
Pegawai bank rugi lebih RM200,000 angkara 'phone scam'
Seorang pegawai bank kerugian RM260,400 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon.
Pesara kerajaan rugi lebih RM700,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM735,000 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon.
Wang simpanan RM120,000 lesap angkara 'phone scam'
Lelaki berusia 27 tahun itu pada mulanya telah menerima panggilan daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis pada 27 Jun lepas.
Pegawai khidmat masyarakat rugi RM177,700 diperdaya sindiket 'phone scam'
Seorang pegawai khidmat masyarakat di Taiping mengalami kerugian RM177,700 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian.