Polis menahan dua beradik kerana dipercayai terlibat dengan kes penggunaan wang palsu RM100 di daerah ini baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Mohd Haki Hasbullah berkata kakak dan adik lelakinya, masing-masing berusia 40-an dan 20-an itu ditahan di Kuala Lumpur pada Khamis dan Jumaat lalu oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kemaman.
"Kita berjaya mengesan suspek berkenaan iaitu seorang wanita dan adik lelakinya berdasarkan maklumat nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan oleh mereka ketika berurusan di daerah ini.
Berdasarkan maklumat tersebut pihak JSJK, kita telah membuat serbuan di sebuah kediaman di Kuala Lumpur yang dipercayai dijadikan pusat operasi pencetakan wang palsu," katanya katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam serbuan itu polis telah merampas sepasang baju kebaya yang dipakai suspek wanita ketika berurusan di beberapa premis di Kemaman selain sebuah mesin pencetak wang serta bahan-bahan pembuatan wang palsu.
Menurut Mohd Haki, siasatan awal mendapati suspek dikatakan baharu sahaja menjalankan aktiviti mencetak wang palsu tersebut dan menjadikan Terengganu sebagai lokasi percubaan sebelum menggunakannya di negeri-negeri lain.
Kedua-dua suspek telah dibawa ke daerah ini dan masing-masing ditahan reman sehingga 16 Jun dan 18 Jun ini untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
Sebelum ini tular di laman sosial Facebook tentang seorang wanita yang berkebaya hijau yang menaiki kereta mewah, menggunakan wang kertas RM100 dipercayai palsu untuk berbelanja di gerai-gerai di daerah terbabit pada awal Syawal lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2019
Kedua-dua suspek telah dibawa ke daerah ini dan masing-masing ditahan reman sehingga 16 Jun dan 18 Jun ini untuk membantu siasatan berhubung kes itu. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Dua beradik ditahan terlibat cetak wang palsu RM100
Seorang wanita dan adik lelakinya, masing-masing berusia 40-an dan 20-an itu ditahan di Kuala Lumpur pada Khamis dan Jumaat lalu.