KUALA LUMPUR: Polis menahan dua beradik bagi membantu siasatan kes samun membabitkan seorang penyampai berita televisyen di Damansara Perdana, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata lelaki dan wanita berusia 31 dan 24 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang tadi di Puncak Alam.
Beliau berkata semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai enam rekod lampau berkaitan kes dadah dan 15 rekod jenayah orang dikehendaki polis berkaitan dadah manakala wanita itu pula tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Menurutnya pihaknya merampas beberapa barang kes yang dipercayai hasil kejadian samun termasuk sebuah kereta yang digunakan suspek dalam kes itu.
"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya esok bagi permohonan reman untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga mendatangkan kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ku Mashariman berkata dalam kejadian kira-kira 3.40 petang semalam, pengadu yang merupakan seorang lelaki berusia 30-an mendapati kereta miliknya yang diletak di tepi jalan berhampiran kawasan Damansara Perdana sedang dipecah oleh seorang suspek.
Beliau berkata suspek yang telah menendang cermin di bahagian penumpang hadapan kereta telah mengambil beg milik pengadu mengandungi komputer riba serta barangan peribadi lalu melarikan diri setelah menyedari kehadiran pengadu.
Pengadu telah mengejar suspek lalu berlaku pergelutan dan beg milik pengadu telah terjatuh dari kereta suspek.
Katanya pengadu telah mengalami kecederaan ringan dan kerugian dianggarkan RM500.
BACA: "Peragut hampir membunuh!" - Dashcam Janna Nick rakam detik cemas pembaca berita diseret
Terdahulu, tindakan pengadu cuba mengejar dan menangkap suspek ketika cuba melarikan diri telah tular menerusi satu rakaman video berdurasi 30 saat yang dirakam dan dimuat naik pengguna laman sosial TikTok yang kebetulan berada di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata lelaki dan wanita berusia 31 dan 24 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang tadi di Puncak Alam. - Gambar fail/BERNAMA
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Culik dua beradik: Lima suspek ditahan termasuk dua warga asing
Lima lelaki termasuk dua warga asing ditahan pihak polis berhubung satu kejadian culik melibatkan dua beradik lelaki, di sini pada Isnin.
Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis
Suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
Keropok beracun: Muhammad Akil meninggal dunia
Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian yang berusia tiga tahun menghembus nafas terakhir jam 8.30 pagi di Hospital Pulau Pinang.
Dua beradik maut, dua parah kemalangan dua kereta di Kota Tinggi
Dua beradik maut manakala dua lagi cedera parah termasuk seorang kanak-kanak lelaki lima tahun dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi.
Dua beradik bawah umur dipercayai dieksploitasi ibu diselamatkan JKM
Remaja lelaki berusia 13 dan 15 tahun dan masih bersekolah itu dipercayai mampu meraih pendapatan lumayan mencecah lebih RM10,000 sebulan.
Dua beradik didakwa membunuh
Jagdeeshraj dan Vasantharaj serta tiga lagi yang masih bebas didakwa membunuh Muhammad Syafiq Abd Latif pada 27 Okt 2023.
Dua beradik maut motosikal bertembung kereta dalam perjalanan ke sekolah
Dua beradik maut setelah motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah di kilometer (km) 45, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk, hari ini.
Makmal dadah dalam gudang didalangi dua beradik tumpas
Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dadah yang didalangi dua beradik dalam serbuan di sebuah gudang di Jelapang dekat sini pada Rabu.
Dua beradik melecur dalam kebakaran rumah
Dua beradik melecur pada bahagian tangan dan badan ketika cuba menyelamatkan diri selepas kediaman mereka terbakar.
Perahu dipukul ribut: Mayat nelayan kedua ditemui dalam lumpur
Mayat seorang lagi nelayan yang hilang ketika keluar ke laut untuk memukat udang ditemukan di kawasan berlumpur paya bakau di Kuala Kangkung, di sini hari ini.