Polis menahan dua beradik yang merupakan ahli perniagaan bagi membantu siasatan kes culik pemilik kilang emas di Lorong Nagasari, Perai Rabu lepas yang melibatkan tuntutan wang tebusan RM8 juta.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP P.R Gunarajan berkata mereka yang berusia 56 dan 70 tahun ditahan di Butterworth semalam dan kini direman bagi membantu siasatan.
"Lelaki itu dilapor diculik ketika tiba di hadapan kilangnya pada pukul 9.30 pagi oleh sekumpulan tujuh lelaki yang menaiki dua kereta. Kejadian itu dilihat bekas pekerja kilang berkenaan yang memberitahu kejadian itu kepada abang mangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Gunarajan berkata selepas beberapa jam diculik, suspek menghubungi abang mangsa dan meminta tebusan sebanyak RM8 juta jika mahu adiknya yang berusia 52 tahun itu selamat.
"Hasil tindakan pantas, polis berjaya mengesan mangsa di sebuah rumah di Berapit dekat sini dan menyelamatkannya pada pukul 8 malam pada hari yang sama.
Lelaki itu hanya mengalami kecederaan ringan iaitu luka dan calar di badan," katanya.
Gunarajan berkata dua beradik yang ditahan itu adalah bekas rakan kongsi mangsa dan kini pihak polis sedang mengesan tujuh lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.
"Siasatan kami mendapati dua beradik itu marah dengan mangsa kerana dikatakan gagal memulangkan wang pelaburan emas sebanyak RM8 juta yang mereka labur sebelum ini," katanya.
Bernama
Sat Dec 06 2014
Mangsa dilapor diculik ketika tiba di hadapan kilangnya pada pukul 9.30 pagi oleh sekumpulan tujuh lelaki yang menaiki dua kereta. -Gambar hiasan
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Dua beradik ditahan bantu kes culik libatkan wang tebusan RM8 juta
ACP P.R Gunarajan berkata mereka yang berusia 56 dan 70 tahun itu ditahan di Butterworth semalam dan kini direman bagi membantu siasatan.