Dua beradik dan enam individu lagi termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan kesat terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad, tahun lepas.
Dua beradik itu ialah Firdaus Tajuddin, 35, dan abangnya Faizal, 43, yang merupakan anak kepada Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Enam lagi ialah Ariffin Mohamed Ali, 33, Erwan Halmi, 37, Azmir Ahmad, 42, dan tiga wanita Sapiah Aini Sulaiman, 49, Norbaiti Taha, 55, dan Hasnah Md Razali, 49.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan.
Mereka didakwa telah menggunakan perkataan kesat dan berkelakuan dengan cara mengugut yang ditujukan kepada Khalid dengan niat melakukan provokasi yang boleh memecahkan keamanan.
Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta, di hadapan Dewan Rakyat, Kompleks Parlimen di sini, pukul 11.15 pagi, pada 24 Nov 2016, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda RM100 jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Ketua Pengarah Pendakwaan Othman Abdullah manakala Firdaus dan Faizal diwakili peguam Datuk Sallehuddin Saidin dan Datuk M.S. Murthi, manakala tertuduh yang lain tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2017
![Dua beradik dan enam lagi mengaku tidak bersalah buat kecoh di Parlimen Dua beradik dan enam lagi mengaku tidak bersalah buat kecoh di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479983106_KhalidSamadpukul.jpg)
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Karate mampu kurangkan risiko terdedah jadi mangsa buli Karate mampu kurangkan risiko terdedah jadi mangsa buli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665243662_Karate.jpg)
Karate mampu kurangkan risiko terdedah jadi mangsa buli
Kebanyakan pelajar yang menyertai Karate bukan sahaja dapat mempertahankan diri, tetapi mengelakkan diri daripada mangsa buli.
![Dua beradik dan enam lagi mengaku tidak bersalah buat kecoh di Parlimen Dua beradik dan enam lagi mengaku tidak bersalah buat kecoh di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479983106_KhalidSamadpukul.jpg)
Dua beradik dan enam lagi mengaku tidak bersalah buat kecoh di Parlimen
Dua beradik dan enam individu lagi termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan kesat terhadap Anggota Parlimen Shah Alam.