Dua anggota parlimen dan 23 yang lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan tidak mematuhi arahan polis untuk bersurai ketika berkumpul membantah cukai barangan dan perkhidmatan (CBP), Isnin lalu.
Kesemua mereka membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak.
Anggota Parlimen itu ialah Dr Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai), 58, dari PAS; dan Micheal Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput), 59, dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Di samping itu, Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard', 36; bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM), Muhammad Safwan Anang@ Talib, 26; dan Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan, 47.
Manakala 20 individu lain ialah Suhaili Wan Azahar, 20; Azhar Achil, 39; Muhammad Sufian Jaafar Sidek, 27; Md Sani Md Shah, 37; Megat Khairul Anuar Razali, 29; Muhammad Nasir Abu Bakar, 26; Akmal Noradzmi Abd Rahim, 23; Mohd Nasaei Ismail, 30; B. Suresh Kumar, 38; Edy Noor Reduan, 34; Khairol Najib Hashim, 22; S. Nagenteran, 33; Tan Chee Hooi, 39; Ahmad Syukri Che Ab Razab, 29; M. Sarasvathy, 61; Y. Kohila, 39; Nashita Md Noor, 49; Soh Sook Hwa, 32; K. Bawani, 29: dan Annie Ooi Siew Lan, 69.
Mereka didakwa tidak mematuhi arahan untuk bersurai yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21(1)(d) Akta Perhimpunan Aman 2012 di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan SS 6/3 Kelana Jaya, Petaling Jaya, pada pukul 5 petang, 23 Mac.
Bagi kesalahan itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 21(3) akta yang sama yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000.
Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin atas alasan bagi memastikan kehadiran kesemua tertuduh pada tarikh akan datang.
Antara peguam yang hadir ialah Roger Chan N. Visvanathan, Melisa Sasiteran, Fadhilah Fazil, Chan Wen Hui, Dinesh Muthal, Joshua Tay, Faridah Muhammad, Zulhazmi Shariff, Muhd Zaki Sukrey dan Muhd Fitry Hussain masing-masing memohon kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mei depan untuk sebutan semula kes
Semalam seramai 28 individu yang menyertai perhimpunan itu di Pejabat Kastam, Kelana Jaya ditahan reman selama dua hari.
Muhammad Zaki Sukery, 29, Peguam Jabatan Undang-Undang Hak Asasi Malaysia (JUHAM) berkata, daripada 29 yang ditahan hanya aktivis Khalid Ismath dibebaskan atas sebab unlawfully detention.
Bernama
Wed Mar 25 2015
Bagi kesalahan itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 21(3) akta yang sama yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Dua anggota Parlimen antara yang didakwa tidak patuh arahan polis
Bagi kesalahan itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 21(3) akta yang sama yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000.