Misteri kehilangan pegawai perubatan yang berkhidmat di klinik bangunan Parlimen, Dr B. Sugumaran sejak awal Januari lalu terungkai, apabila beliau ditemui menginap di sebuah hotel di Jalan Pudu, di sini pada malam Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata Sugumaran, 50, ditemui dalam keadaan selamat kira-kira pukul 7.30 malam oleh satu pasukan petugas khas polis.
"Pasukan itu menemui Sugumaran ketika membuat pemeriksaan di hotel itu dan siasatan awal mendapati beliau menginap di situ sejak Selasa lepas.
"Bagaimanapun, siasatan polis mendapati kehilangan Sugumaran tidak mempunyai kaitan dengan sebarang elemen jenayah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ketika ditanya status kesihatan Sugumaran, Zainuddin berkata Sugumaran berada dalam keadaan sihat dan waras.
Sementara itu, sepupu Sugumaran, D. Nithiananthan, 43, ketika dihubungi meluahkan rasa leganya terhadap berita penemuan tersebut.
"Saya bersama keluarga akan berjumpanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi malam ini untuk mengetahui perkara sebenar kenapa beliau bertindak (hilangkan diri) demikian.
"Saya juga berterima kasih atas usaha polis yang berjaya menemukan sepupu saya dalam keadaan selamat," katanya.
Bernama
Fri Feb 19 2016

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad (gambar) berkata Sugumaran, 50, ditemui dalam keadaan selamat kira-kira pukul 7.30 malam. - Gambar Fail

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Dr Sugumaran ditemui selamat - Polis
Sugumaran, 50, ditemui dalam keadaan selamat kira-kira pukul 7.30 malam oleh satu pasukan petugas khas polis.