Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas perkhidmatan beliau selaku Ketua Polis Negara selama ini.
"Menerima kunjungan hormat perpisahan sebentar tadi dari Tan Sri Fuzi Harun, Ketua Polis Negara yang akan menamatkan perkhidmatan Sabtu ini. Terima kasih dan setinggi penghargaan atas perkhidmatan selama ini," katanya dalam laman Facebook beliau, hari ini.
Dr Mahathir turut memuat naik tiga keping gambar yang diambil ketika kunjungan Fuzi di pejabat perdana menteri.
Terdahulu media melaporkan kontrak perkhidmatan Fuzi Harun akan tamat pada Mei ini.
Mohamad Fuzi, yang genap 60 tahun pada 4 Mei ini, dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 4 September tahun 2017 bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau menyertai Polis Diraja Malaysia sebagai kadet ASP pada 8 Jan 1984 .
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2019

Tun Mahathir ucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan atas perkhidmatan Fuzi. - Facebook Dr Mahathir Mohamad
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.
Trump mahu pulihkan hubungan dengan Jong-Un
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuarakan hasratnya untuk memulihkan hubungan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang terjalin semasa penggal pertamanya sebagai presiden.

Pemaparan harga ubat bukan bertujuan kawal harga, beri akses maklumat kepada pengguna - Armizan
Perintah pemaparan harga ubat di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa 1 Mei depan bukan bertujuan mengawal harga ubat.

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Dr Mahathir ucap terima kasih kepada Fuzi Harun
Dr Mahathir turut memuat naik tiga keping gambar yang diambil ketika kunjungan Fuzi di pejabat perdana menteri.

Disyaki terlibat aktiviti keganasan, 12 berjaya ditahan
Ada antara suspek yang ditangkap juga terlibat dalam memberi perlindungan kepada elemen-elemen pengganas asing yang bersembunyi di Sabah

Sindiket bekal dadah kepada penjara tumpas
Sindiket itu dikenal pasti aktif membekalkan dadah kepada penjara Simpang Renggam sejak tahun 2017.

Rusuhan kuil: "Cakap senang, tapi polis ada SOP" - KPN
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak bertindak sewajarnya dalam menangani insiden rusuhan berhubung kuil Sri Maha Mariamman.