Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui kerajaan sukar menunaikan manifestonya, bukanlah bermaksud untuk meremehkan manifesto Pakatan Harapan (PH), kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambahnya kenyataan yang dibuat Dr Mahathir itu sebaliknya, hanya untuk menyatakan secara ikhlas manifesto yang boleh dilaksanakan dan yang perlu ditangguhkan.
"Saya tidak fikir Tun Dr Mahathir meremehkan soal manifesto, tetapi maksudnya secara ikhlas menyatakan ada yang kita boleh laksanakan dan ada yang kita tangguh," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog majlis TemuAnwar@UNITI di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terdahulu semalam yang mengakui, kerajaan sukar menunaikan manifestonya termasuk janji untuk memansuhkan beberapa undang-undang yang drakonian atau keterlaluan.
Ditanya adakah manifesto PH mustahil untuk dilaksanakan, Anwar berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Pemukiman Pimpinan PH dan Mesyuarat Majlis Presiden PH.
"Esok (Sabtu) ada Pemukiman Pimpinan PH dan Isnin ada Mesyuarat Majlis Presiden PH, saya percaya perkara ini boleh dibangkitkan dan dibincangkan bersama Tun Dr Mahathir... kita akan tanya dia (Dr Mahathir) sendiri," katanya.
Dalam perkembagan lain, Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson turut meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat penjelasan sekali lagi, berhubung keputusan tidak membenarkan pengundi berusia 18 tahun mengundi, sebaliknya calon berusia 18 tahun dibenarkan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai akan datang.
"SPR sudah jawab akan pengundi berusia 18 tahun akan diwartakan dahulu oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ia dapat dilaksanakan, tetapi timbul soalan kata bagaimana calon berusia 18 tahun boleh jadi calon tetapi tidak boleh mengundi.
"Saya harap SPR jelaskan sekali lagi, disebabkan ada proses-prosesnya yang SPR sedang lakukan, kerana melibatkan jutaan orang, ia perlukan perisian dan sebagainya... sebaiknya kedua-duanya (benarkan calon berusia 18 tahun bertanding dan benarkan pengundi berusia 18 tahun mengundi) sekali," katanya.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor pada 16 November depan bakal menyaksikan calon berusia 18 tahun dibenarkan bertanding buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negara.
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa lalu berkata ia berikutan pindaan Perlembagaan Persekutuan Artikel 47 berkaitan perubahan had umur calon dari 21 tahun dikurangkan kepada 18 tahun sudah diwarta dan dikuatkuasakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 05 2019

Anwar berkata, sama ada benar manifesto PH mustahil untuk dilaksanakan, perkara itu akan dibincangkan dalam Pemukiman Pimpinan PH dan Mesyuarat Majlis Presiden PH pada hujung minggu ini. - Gambar fail
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kalau bukan secara automatik, benarkan anak muda daftar sendiri - Undi 18
Daripada tiga pindaan Perlembagaan Persekutuan, hanya satu yang telah dilaksanakan iaitu penurunan had umur calon kepada 18 tahun.

PAU2020: Pemuda, Puteri UMNO sokong Undi 18 dipercepatkan
Beberapa pemimpin muda UMNO yang ditemui ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 turut mendesak perkara sama.

Malu jika Malaysia jadi hab ekonomi digital, tapi gagal laksana Undi 18 - Muda
Parti Muda mengulas mengenai kenyataan Tan Sri Rais Yatim bahawa pindaan had umur mengundi kepada 18 tahun "tidak praktikal".

15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Dr Mahathir tidak berniat remehkan manifesto - Anwar
Tambahnya kenyataan yang dibuat Dr Mahathir itu sebaliknya, hanya untuk menyatakan secara ikhlas manifesto yang boleh dilaksanakan dan yang perlu ditangguhkan.

Tempoh setahun diperlukan untuk percepat pendaftaran secara automatik - Abdul Rashid
Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menjelaskan tempoh itu diperlukan bagi membolehkan semua yang layak didaftarkan.

Sabah putuskan had umur kahwin 18 tahun
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Kabinet negeri yang lepas.

Had umur kahwin di Johor ditetapkan minimum 18 tahun bagi lelaki dan wanita
Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata sebelum ini, usia perkahwinan di negeri ini dibenarkan minimum 18 tahun untuk lelaki manakala 16 tahun untuk perempuan.

Sultan Selangor setuju cadangan naikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun
Baginda berharap cadangan pindaan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dibentangkan pada sidang DUN kali ini.

Sewa rahim untuk hidup mewah
Pendapatan bulanan Ana sebagai ibu tumpang mencecah $20,000 (RRM78,784) sebulan.