Tepat jam 12 tengah malam tadi, percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang udara di seluruh negara mengalu-alukan kemunculan tahun baharu 2019.
Meskipun 2018 dipenuhi dengan pelbagai peristiwa yang meninggalkan kenangan pahit dan manis, namun kedatangan tahun baharu disambut dengan cukup meriah menerusi pelbagai acara di seluruh negara, disertai ribuan rakyat berbilang kaum dan agama.
Di PUTRAJAYA, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama ribuan rakyat Malaysia menyambut detik tengah malam tahun baharu 2019 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan sinaran lampu berwarna-warni dan pertunjukan bunga api, termasuk bunga api digital.
Acara sambutan tahun baharu penuh aneka warna itu bersempena Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2018 di Dataran Putrajaya, di sini.
Dr Mahathir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang tiba di Dataran Putrajaya pada 11 malam disambut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.
Sejurus tiba Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah menyaksikan persembahan 'Projection Mapping LAMPU 2018'.
Selepas detik tengah malam, Dr Mahathir dan para pengunjung menyaksikan pertunjukan bunga api dan bunga api digital selama enam minit, kemudian berkumandang 'Negaraku'.
Dalam ucapan ringkas sebelum detik tahun baharu, Dr Mahathir menyarankan agar rakyat Malaysia berusaha lebih gigih untuk menjadikan Malaysia Negara Maju menjelang 2025.
"Ini adalah cita-cita kita. Semua pihak perlu mencetuskan keadaan damai dan sama-sama membangunkan negara kita," katanya.
Dr Mahathir yakin tahun baharu akan membawa banyak nikmat kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Saya yakin kita semua akan bekerjasama untuk membangunkan negara bertuah ini. Ini adalah negara kita bersama dan terpulang kepada kita semua untuk mencorak negara ini," katanya.
Di ibu negara, hujan renyai tidak menghalang warga kota memenuhi ruang legar pusat beli-belah Sunway Velocity bagi menyambut kedatangan 2019 yang dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanah air.
Pusat beli-belah itu juga melanjutkan waktu operasinya sehingga 12 tengah malam bagi membolehkan pengunjung menikmati aktiviti membeli-belah dan pengunjung turut berpeluang merakam kenangan di ruangan mengambil gambar yang disediakan di samping menjamu selera di lebih 40 trak makanan.
Persatuan Peminat Seni Warisan Tan Sri P. Ramlee Malaysia (PERWALEE) mengambil inisiatif menyambut kedatangan tahun baharu dengan menganjurkan persembahan seni silat di Kompleks Muhibbah, Ampang Jaya dalam usaha mempertahankan seni warisan tersebut.
Di PERAK, padang Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dipilih sebagai lokasi sambutan Ambang Tahun Baharu 2019 sebagai usaha kerajaan negeri mendekati rakyat.
Hujan renyai sejak 8 malam tidak menghalang kira-kira 5,000 orang untuk hadir ke acara tersebut yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak Howard Lee Chuan How mewakili Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Turut menjadi tumpuan, taman tema Lost World of Tambun dengan hampir 10,000 pengunjung.
Di KELANTAN, Sambutan Tahun Baharu 2019 yang bertempat di Dataran Bandaraya Majlis Perbandaran Kota Bharu disambut dengan sedikit berbeza apabila diadakan Malam Pengucapan Puisi dan Kayuhan Basikal.
Bermula kira-kira 8 malam, ratusan pengayuh basikal menyertai kayuhan mengelilingi bandar Kota Bharu sejauh kira-kira 30 kilometer selain persembahan dikir barat dan Karnival Azam Tahun Baharu.
Di SARAWAK, hujan lebat kira-kira dua jam bermula 7.40 malam tidak menghalang ribuan penduduk dan pelancong asing membanjiri kawasan Kuching Waterfront, bersama-sama menunggu detik 12 tengah malam dan pelancaran Kempen Melawat Sarawak oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Di SABAH, kira-kira 1,000 penduduk setempat termasuk pelancong memeriahkan Program Gagar 2019 #kasijadi anjuran Sabah FM sempena sambutan ambang tahun baharu di Dataran Waterfront Segama, Kota Kinabalu.
Lebih 2,000 penduduk pula memenuhi Pantai Pasir Putih, Sandakan bagi memeriahkan sambutan ambang tahun baharu anjuran Parlimen Batu Sapi dengan dihiburkan persembahan nyanyian artis Sandakan FM serta pertunjukan bunga api tepat detik 12 tengah malam yang dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.
Di SELANGOR, sambutan ambang tahun baharu 2019 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam menyaksikan kelainan apabila ia disambut dengan gema bacaan selawat yang diketuai pendakwah terkenal Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid sebagai tanda kesyukuran untuk melangkah ke tahun baharu 2019.
Program Selangor Berselawat 2019 yang turut dihadiri Menteri Besar, Amirudin Shari dan lebih 1,000 penduduk bermula 9.30 malam.
Di NEGERI SEMBILAN, Karnival Tahun Baharu Malam Ambang 2019 yang diadakan di Dataran Nilai disambut 8,000 pengunjung pelbagai kaum dan peringkat umur dan dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis tempatan antaranya Ara Johari, Syamel dan Datuk Hattan.
Di JOHOR, sambutan tahun baru 2019 memberi kegembiraan kepada pengguna motosikal di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) khususnya warga Johor Bahru yang bekerja di Singapura berikutan pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, lebuh raya terbabit.
Gimik pemansuhan kutipan tol tersebut dilakukan Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir, di plaza tol terbabit di Gelang Patah, malam ini.
Di TERENGGANU, sambutan ambang tahun baharu di Stadium Tertutup Gong Badak berlangsung dalam suasana sederhana dengan kira-kira 3,000 orang memenuhi stadium itu bagi menyambut detik-detik ketibaan tahun baru dengan pengisian program berbentuk keagamaan, spiritual dan hiburan berkonsepkan Islamik yang bermula sejak jam 5 petang.
Pada acara sambutan itu, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut membuat gimik pelancaran hari Jumaat sebagai hari ilmu dan Sabtu sebagai hari keluarga rakyat Terengganu.
Di George Town, PULAU PINANG lebih 1,000 pengunjung menyambut tahun baharu 2019 dengan bergaya bila acara penuh meriah itu dilangsungkan di ketinggian 816-kaki dari aras laut di menara hiburan ikonik paling tinggi di pulau ini, The TOP Penang.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow tiba pada jam 11.10 malam bersama pengasas dan ketua pegawai eksekutif Only World Group Holdings Berhad Tan Sri Richard Koh serta pengasas bersama dan ketua pegawai operasi syarikat berkenaan Puan Sri Jean Koh dan beberapa orang anggota Exco negeri untuk menyambut kedatangan tahun baharu.
Di KUANTAN, tiada sebarang acara sambutan tahun baharu diadakan, namun penduduk sekitar daerah ini berkumpul di Pantai Teluk Chempedak, untuk bersantai bersama keluarga.
Dalam pada itu, hampir 100 penganut agama Sikh menghadiri upacara sembahyang kesyukuran bagi meraikan kedatangan tahun baharu di Rumah Ibadat Sikh Gurdwara Sahib, yang bermula pada 10 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 31 2018
![Dr Mahathir sertai rakyat sambut kemeriahan tahun baharu 2019 Dr Mahathir sertai rakyat sambut kemeriahan tahun baharu 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41546296691_FestivalLightandM.jpg)
Orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang bagi meraikan kedatangan Tahun Baharu 2019 di Dataran Putrajaya dan menyaksikan pertunjukan bunga api serta bunga api digital sempena penutup tirai LAMPU 2018. --fotoBERNAMA
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Tabung Haji mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini Tabung Haji mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41543588629_TabungHaji.jpg)
Tabung Haji mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini
Prestasi suku ketiga TH adalah baik dengan jumlah aset terus mengatasi tanggungan sebanyak RM2.3 bilion, lebih tinggi berbanding RM1 bilion pada 2018.
![Astro menang 'Brand of the Year' di Anugerah Putra Brand 2019 Astro menang 'Brand of the Year' di Anugerah Putra Brand 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71569603661_PutraBrandAward.jpg)
Astro menang 'Brand of the Year' di Anugerah Putra Brand 2019
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) menang anugerah Brand of the Year di Anugerah Putra Brands 2019, selain dua kategori 'Rangkaian Media'.
![RWC 2019: England tepati ramalan menang besar lawan USA RWC 2019: England tepati ramalan menang besar lawan USA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61569507023_rugby.jpg)
RWC 2019: England tepati ramalan menang besar lawan USA
England meraih lima lagi mata selepas menang besar menentang pasukan Amerika Syarikat dalam Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Kobe Misaki pada Khamis.
![Bersyukur kerana berjaya berpuasa tanpa gangguan - Dr Mahathir Bersyukur kerana berjaya berpuasa tanpa gangguan - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71559052715_TunMFB.jpg)
Bersyukur kerana berjaya berpuasa tanpa gangguan - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam supaya bersyukur, kerana berjaya melaksanakan ibadat puasa tanpa sebarang gangguan.
![Nostalgia 'Ikhlas' 1992 di pentas KL JAMM Nostalgia 'Ikhlas' 1992 di pentas KL JAMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51547044480_KLJamm.jpg)
Nostalgia 'Ikhlas' 1992 di pentas KL JAMM
Menggamit nostalgia zaman penyatuan legenda seni suara tanah air di atas satu pentas, MUI dengan kerjasama syarikat Produksi KRU mengumumkan barisan artis yang bakal memeriahkan KL JAMM.
![Filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal angkat kisah rakyat Filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal angkat kisah rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61546945679_upinipin.jpg)
Filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal angkat kisah rakyat
Setelah 10 tahun mencipta fenomena, Les Copaque kini kembali dengan naskah terbaharu buat peminat-peminat animasi tersebut
![10 ramalan bola sepak dunia tahun 2019 10 ramalan bola sepak dunia tahun 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41546430263_liverpool.jpg)
10 ramalan bola sepak dunia tahun 2019
Ke manakah Jose Mourinho selepas ini? Siapakah bakal juarai Liga Juara-Juara Eropah? Apa nasib Neymar? Banyak yang boleh dijangkakan untuk 12 bulan akan datang.
![Sarah Suhairi mahu fokus menyanyi, tolak tawaran berlakon Sarah Suhairi mahu fokus menyanyi, tolak tawaran berlakon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61546415998_SARAHSUHAIRI.jpg)
Sarah Suhairi mahu fokus menyanyi, tolak tawaran berlakon
JUARA Big Stage, Sarah Suhairi mengaku ingin fokus dalam bidang nyanyian dan menolak beberapa tawaran lakonan.
![Tiada yang mustahil - Serena Williams titip kata-kata semangat kepada ibu bapa yang bekerja Tiada yang mustahil - Serena Williams titip kata-kata semangat kepada ibu bapa yang bekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41546409665_SARENAWILLIAMS.jpg)
"Tiada yang mustahil" - Serena Williams titip kata-kata semangat kepada ibu bapa yang bekerja
Serena Williams telah menyampaikan mesej Tahun Baharu 2019 yang memberi inspirasi kepada ibu dan bapa yang kerja, dengan mengatakan "Tiada yang Mustahil".
![Syed Saddiq tidak 'serik', kembali 'merempit' di malam Tahun Baharu 2019 Syed Saddiq tidak 'serik', kembali 'merempit' di malam Tahun Baharu 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51546325049_SyedSaddiqbasikal.jpg)
Syed Saddiq tidak 'serik', kembali 'merempit' di malam Tahun Baharu 2019
Kecederaan yang dialami oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kemalangan motosikal tidak menghalang beliau untuk kembali merempit di ibu kota.