Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menegaskan sebuah kerajaan yang baik boleh dibentuk jika semua pihak boleh menerima konsep demokrasi secara terbuka.
Dr Mahathir berkata demokrasi tidak sempurna dan ia memerlukan sikap toleransi yang tinggi dalam usaha untuk menerima kekalahan.
Katanya, dalam demokrasi, ia bukan hanya memikirkan kemenangan sebaliknya perlu menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.
"Demokrasi ada kalah dan ada menang. Yang menang menerima kemenangan mereka manakala yang kalah juga perlu menerima kekalahan mereka bagi membolehkan pihak yang menang menjalankan tugas mereka.
"Anda boleh melihat negara ini yang mengamalkan 'demokrasi ala Malaysia', biarpun tidak sempurna tetapi demokrasi di sini tidak berlaku keganasan," katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis makan tengah hari bersama delegasi forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013.
Dalam ucapan ringkasnya itu, Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat negara ini agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan huru-hara dan berusaha supaya perjalanan sistem demokasri terganggu.
Selain itu, Dr Mahathir turut menasihatkan negara-negara membangun agar bersatu dan segera mencari jalan penyelesaian jika berlaku perbezaan pendapat.
Forum yang bertema 'Politik Kesederhanaan Ke Arah Keamanan dan Kestabilan' disertai 121 delegasi membabitkan 31 parti politik dari seluruh dunia.
Antara yang hadir termasuklah tokoh politik dunia termasuk pemimpin Hamas, Khalid Meshaal selain calon presiden Indonesia dari parti Golkar, Aburizal Bakrie.
Irwan Muhammad Zain
Mon Dec 02 2013
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad menyampaikan ucapan dalam Majlis Makan Tengahari Forum Antarabangsa Umno 2013 - Foto Bernama
Perkembangan situasi banjir di Terengganu
Banjir yang melanda Terengganu sejak 10 hari lalu masih belum menunjukkan tanda reda.
Bahkan jumlah mangsa yang berlindung dari hari ke hari juga semakin meningkat.
Selain itu juga masih terdapat laluan-laluan yang ditenggelami banjir khususnya di daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.
Untuk perkembangan lanjut situasi banjir yang meruncing itu, kita terus bersama wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali.
Bahkan jumlah mangsa yang berlindung dari hari ke hari juga semakin meningkat.
Selain itu juga masih terdapat laluan-laluan yang ditenggelami banjir khususnya di daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.
Untuk perkembangan lanjut situasi banjir yang meruncing itu, kita terus bersama wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali.
Agrobank tawar Moratorium sehingga enam bulan
Agrobank mengumumkan pelan bantuan banjir yang menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan yang terkesan akibat banjir yang melanda dI beberapa negeri.
Lebih 2,000 calon SPM seluruh negara terjejas akibat banjir - Fadhlina
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.
Dua beradik maut tertimbus, seorang cedera
Dua beradik maut manakala seorang lagi cedera selepas terperangkap dalam insiden tanah runtuh pada Jumaat.
Kejadian berlaku di Kampung Bukit Apit di Ajil, Hulu Terengganu.
Kejadian berlaku di Kampung Bukit Apit di Ajil, Hulu Terengganu.
[TERKINI] Jumlah mangsa di sembilan negeri lepasi 100,000
Jumlah mangsa banjir di 38 daerah di sembilan negeri kini melepasi 108,705 orang membabitkan 33,094 keluarga, setakat pukul 11 malam tadi.
10 Berita Pilihan - (29 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Malaysia konsisten sokong lucut senjata nuklear
Persidangan itu yang pada mulanya dijadualkan 27 April hingga 22 Mei, ditangguhkan ke tarikh lain berikutan pandemik COVID-19.