"Tidak terbabit dosa saya dengan dia. Kalau sekubur sekali pun, dosa masing-masing."
Itu jawapan Tan Sri Rafidah Aziz ketika mengimbau pertanyaan pemimpin Pas ketika beliau menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO pada tahun 2004 hingga 2007.
Beliau ketika itu menjelaskan lima sebab mengapa beliau memilih untuk tidak bertudung.
"Saya dulu pernah ditanya di Alor Setar di mana ramai tetamu dalam dewan berkenaan.
"Saya ditanya oleh wanita UMNO apabila soalan diajukan oleh Pas kepada mereka. Mereka bertanya mengapa saya tidak bertudung?"
"Saya kata, pertamanya, suami saya tak ada peraturannya.
"Kedua, Kabinet tiada arahan untuk saya buat begitu.
"Ketiga, Perlembagaan Negara pun tak ada.
"(Keempat), kalau dosa tidak bertudung saya tanggung, tidak ada nas dalam mana-mana mengatakan awak orang Pas bersekubur dengan saya.
"Kelima, kalau ikut agama kita, putus haid tidak payah bertudung," kata Rafidah dalam Bicara Minda anjuran Sinar Harian pada Isnin.
Katanya lagi, agama adalah isu peribadi dan tidak seharusnya dijadikan modal politik.
Sebaliknya, melindungi sesuatu tindakan mencuri adalah tidak wajar dan dilarang dalam Islam.
"Agama ialah peribadi, sempurnakan agama secara peribadi, jangan jaga hal orang tak pasal berdosa mengata orang.
"Jangan ukur luaran. Itu yang 'klepto berserban labuh', lagi besar jubah lagi banyak duit boleh simpan poket besar itu.
"Ada juga klepto menjadi imam, berduyun-duyun pergi ke SPRM pagi-pagi. Kalau pergi tengok muka itu macam ahli syurga. Kalau ahli syurga kita dilarang mencuri duit rakyat. Dosa dengan rakyat bagaimana? Dosa dengan Tuhan boleh minta maaf."
Selain menjadi Ketua Wanita UMNO, Rafidah juga pernah menggalas jawatan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari tahun 1987 hingga 2008.
Fareez Azman
Mon Apr 01 2019
Rafidah dalam program Bicara Minda Sinar Harian.
Pulau Pinang masih kurang hotel - Ketua Menteri
Pulau Pinang masih kekurangan bilik hotel untuk menampung jumlah kemasukan pelancong asing dan domestik yang semakin bertambah.
Pergaduhan di stesen LRT: Beberapa individu lain akan ditahan - Polis
Polis akan menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Nahas bas Norway: Empat rakyat Malaysia terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hokkaido akan kenakan cukai penginapan sehingga 500 yen
Kerajaan Hokkaido, sebuah pulau di utara Jepun yang terkenal dalam kalangan pelancong, akan memperkenalkan cukai penginapan sehingga 500 yen (US$3) semalam mulai April 2026.
Serangan Israel di lapangan terbang Yaman boleh lumpuh bantuan kemanusiaan - PBB
Julien Harneis memberi amaran sekiranya lapangan terbang Sanaa tidak mampu beroperasi, ia berkemungkinan melumpuhkan operasi bantuan kemanusiaan.
Serangan lapangan terbang Sanaa jejas misi kemanusiaan
Pegawai bantuan Utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Yaman, Julien Harneis memberi amaran sekiranya lapangan terbang Sanaa tidak mampu beroperasi, ia berkemungkinan melumpuhkan operasi bantuan kemanusiaan.
Bayi di Palestin meninggal dunia akibat cuaca sejuk - UNRWA
Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini, berkata bayi di Semenanjung Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk dan kekurangan tempat perlindungan.
Banduan maut dipukul pegawai penjara
Pihak berkuasa di New York, Amerika Syarikat (AS), semalam mendedahkan rakaman yang menunjukkan seorang banduan kulit hitam dibelasah pengawal penjara sebelum lelaki itu meninggal dunia.
Kerajaan Negeri Kelantan wajibkan sijil halal, tambah beban dan kos peniaga - Samenta
Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menggesa kerajaan Kelantan mempertimbangkan semula keputusannya mewajibkan pensijilan halal dalam kalangan pengusaha makanan dan minuman di negeri itu.
Hukuman sebat bukan bertujuan menghukum secara kejam - Ketua Hakim Syarie
Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik.
PDRM cuba bawa balik Jho Low sebelum hujung tahun - IGP
Menjelang hujung tahun ini, usahawan kelahiran Malaysia yang sangat dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low dijangka dibawa pulang ke tanah air.
'SPRM tidak cukup anggota'
Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, Malaysia sekurang-kurangnya memerlukan 5,000 anggota.
Jangan kaitkan 'Bossku' dengan UMNO - KJ
Khairy Jamaluddin ingatkan supaya jangan ditegakkan benang yang basah.
UMNO bangkit semula? Ini jawapan Rafidah Aziz
Kemerosotan politik serta peningkatan budaya politik wang antara faktor utama kekalahan UMNO.
'Tiada maaf bagimu' - Rafidah Aziz jawab tuduhan jual AP
"Tuduhan jual AP, saya tidak akan maafkan orang terbabit." Rafidah Aziz
'Dosa masing-masing' - Rafidah Aziz beri 5 sebab tidak bertudung
"Lima sebab mengapa saya tidak bertudung." - Rafidah Aziz
'Jangan panggil Najib mantan, tapi bekas ...' - Mohamad Hasan
Penampilan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Bicara Minda - forum anjuran Sinar Harian mencuit hati penonton yang hadir.
'Saya masih ke pasar beli barang dapur' - Saifuddin Nasution
Jelas beliau, 'tugas' yang dipegang sejak 30 tahun lalu masih kekal digalasnya.
Pembunuhan Jamal Khashoggi satu kezaliman - Dr Mahathir
Beliau berkata negara ini tidak menyokong perbuatan membunuh seorang pengkritik kerajaan.
Mengapa IPTA ada kegilaan mengejar ranking? - Maszlee
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mempersoalkan kegilaan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dilihat terlalu mengejar ranking berbanding memfokuskan matlamat utama penubuhan.