Ekspresi seni aktiviti bersempena Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB 2019) dalam bentuk contengan atau doodle selama 12 jam tanpa henti menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).
Lakaran contengan dengan motif tertentu menggunakan peralatan pena itu dibuat di atas 10 bongkah bersaiz lima kaki tinggi dan empat kaki lebar oleh lapan pelukis doodle daripada komuniti yang dikenali sebagai Doodict.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembangunan Rekabentuk Malaysia Abdul Rahman Mohd Saad berkata idea tersebut dicetuskan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun sebagai antara kelainan yang harus dilaksanakan pada karnival dwitahunan itu.
"Sebab itu kita putuskan untuk bekerjasama dengan Doodict, komuniti yang terkenal dengan seni doodle yang menjadi perhatian generasi muda ketika ini.
"Bersempena KUD, kita tetapkan doodle yang dihasilkan mestilah berkaitan dengan aktiviti dan elemen keusahawanan yang berlangsung sepanjang lima hari karnival," katanya selepas majlis penyerahan MBOR itu di sini hari ini.
Disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, sijil tersebut diserahkan oleh Pengurus Operasi Kajian dan Pemasaran MBOR Edwin Yeoh kepada Abdul Rahman.
Abdul Rahman berkata beliau bangga dengan komitmen pelukis yang komited menyelesaikan lukisan bermula dari jam 3 petang semalam hingga contengan berakhir 3 pagi tadi walaupun berdepan cuaca hujan.
Sementara itu, Pengasas Doodict Muhamad Hizami Musa berkata komuniti itu bangga atas kepercayaan yang diberikan sekali gus memberi ruang untuk mereka mengetengahkan bakat dan mempromosi kewujudan aktiviti doodle kepada masyarakat.
Beliau berkata komuniti yang ditubuhkan pada 2013 itu mempunyai 70 pelukis di mana lapan orang yang terlibat dalam projek MBOR dipilih berdasarkan teknik lukisan yang dimiliki bersesuaian dengan tema yang ditetapkan.
Sebelum mula melukis, kami membuat persiapan dari sudut tema yang dikehendaki, tidur yang cukup dan kuatkan mental untuk berdepan keadaan cuaca kerana aktiviti berlangsung di tempat terbuka, katanya.
Muhamad Hizami berkata motif doodle yang dibuat adalah berkisarkan tentang aktiviti yang berlangsung di KUD@KPLB dengan elemen luar bandar, antaranya motif makanan tradisional, fesyen dan tekstil tradisional, serta pertanian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 20 2019

Komuniti yang ditubuhkan pada 2013 itu mempunyai 70 pelukis di mana lapan orang yang terlibat dalam projek MBOR dipilih berdasarkan teknik lukisan yang dimiliki bersesuaian dengan tema yang ditetapkan. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Doodle 12 jam tanpa henti di KUD tempa nama dalam MBOR
Ekspresi seni aktiviti bersempena KUD2019 dalam bentuk doodle selama 12 jam tanpa henti menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR)