KUALA LUMPUR: E-dompet merupakan sistem alternatif pembayaran yang makin rancak mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutama semasa COVID-19 melanda negara sejak dua tahun lalu.

Namun, penggunaan e-dompet ini telah meluas dengan pantas dan ia sudah mencecah lebih daripada separuh pengguna dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berikut antara statistik penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai di Malaysia setakat tiga bulan lalu berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Ipsos Malaysia:

1. 55% rakyat Malaysia menggunakan aplikasi pembayaran dalam talian dan e-dompet, meningkat dua peratus.

Antara pilihan utama:
36%: Perbankan dalam talian
32%: Kad debit
27%: e-Dompet
8%: Kad kredit

 
2. Majoriti yang menggunakan e-dompet atau pembayaran dalam talian adalah golongan belia, 40 peratus. Individu berumur 55 tahun ke atas hanyalah tujuh peratus.

3. Isi rumah berpendapatan lebih RM8,000 adalah cenderung menggunakan e-dompet iaitu 51 peratus, tak kurang juga mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 iaitu 10 peratus.

4. Penduduk di Sabah dan Sarawak menunjukkan respons positif dengan kenaikan penggunaan sebanyak tujuh peratus menjadikan 18 peratus, manakala di Semenanjung dengan 50 peratus pengguna.

5. Perincian kegunaan e-dompet:
49%: Tol, letak kereta, pengangkutan
46%: Makanan dan minuman
45%: Peruncitan
35%: Penghantaran makanan
33%: Pembelian dalam talian
25%: Bayaran bil
22%: Pindahan wang kepada rakan, keluarga

6. Berikut aplikasi pilihan utama e-dompet:
84%: TouchnGo eWallet
28%: MAE via Maybank
21%: Shopee Pay
16%: Boost
16%: Grab Pay
4%: Setel
2%: AliPay
1%: RazerPay

**Kajian ini melibatkan 1,020 responden warga Malaysia berusia 18-74 tahun pada Mei 2022.