Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan laporan dokumentari yang disiarkan saluran televisyen Channel NewsAsia (CNA) semalam sebagai berat sebelah memandangkan ia menggambarkan imej buruk Malaysia berdasarkan temubual hanya dengan sumber pembangkang.
Beliau berkata laporan bertajuk 'A Fractured Nation' itu tidak mencerminkan situasi sebenar di dalam negara, dan stesen televisyen berpusat di Singapura itu seharusnya menyiarkan laporan seimbang dengan turut menemubual anggota dalam parti pemerintah.
"Laporan ini jelas berat sebelah sebab hanya mengetengahkan perkara negatif tentang Malaysia, CNA hanya menemubual anggota pembangkang.
"Laporan Channel NewsAsia pada Hari Malaysia adalah berat sebelah, tidak adil dan amat dikesali, serta perlu diperbetulkan.
Salleh berkata demikian dalam kenyataannya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pengagihan daging korban bersempena Hari Raya Aidiladha di Batu 7, Kesapang, dekat sini hari ini.
"CNA seharusnya mengambil kira pandangan semua pihak memandangkan laporan itu nampaknya menggambarkan bahawa negara kita sedang berdepan banyak masalah sedangkan ia tidak benar sama sekali. Laporan ini jelas menunjukkan bahawa mereka mempunyai pandangan atau niat untuk memudaratkan negara kita," katanya.
Dalam laporan itu, CNA menyatakan bahawa Hari Malaysia sepatutnya menjadi sambutan untuk memperkukuhkan perpaduan semua rakyat Malaysia, bagaimanapun terdapat pihak tertentu yang didakwa mengambil kesempatan untuk menyemai perselisihan dan perpecahan menerusi demonstrasi berbaur perkauman.
Ketika menyangkal laporan itu, Salleh berkata media asing berazam untuk mencemarkan nama baik Malaysia dengan menyiarkan laporan bersandarkan kepada sumber meragukan.
Beliau berpendapat laporan negatif itu dimulakan bukan sahaja oleh orang luar tetapi juga oleh kumpulan tertentu di dalam negara ini.
Salleh berkata majoriti rakyat dan pemimpin negara ini menyatakan sokongan padu mereka kepada perdana menteri, dan menyatakan bahawa "perbuatan seperti itu hanya sia-sia belaka".
"Isu yang mereka bangkitkan tentang 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion sudah dijawab. Perdana Menteri telah menyatakan bahawa akaun 1MDB mesti diaudit dan laporan dihantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Jadi, biarlah PAC menjalankan siasatan.
"Kerajaan turut mempunyai perancangan berhubung program pemulihan 1MDB dan kami percaya dalam tempoh enam bulan, masalah ini akan dapat diselesaikan," katanya.
Mengenai US$700 juta (RM2.6 bilion) yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, Salleh berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun memperjelaskan bahawa ia disumbangkan sebagai sumbangan politik.
Beliau berkata setakat ini, belum ada undang-undang di negara ini yang "menghalang sesiapapun daripada menerima wang bagi tujuan politik."
Dalam kenyataan baru-baru ini, SPRM dipetik sebagai berkata suruhanjaya itu tahu tentang identiti penyumbang yang memasukkan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.
Bernama
Fri Sep 25 2015
Laporan ini jelas berat sebelah sebab hanya mengetengahkan perkara negatif tentang Malaysia, CNA hanya menemubual anggota pembangkang, kata Salleh.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Dokumentari "A Fractured Nation" berat sebelah - Salleh
Datuk Seri Salleh berkata dokumentari itu tidak mencerminkan situasi sebenar negara.