KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia, supaya dokumen-dokumen dalam kes saman berhubung penarikan balik semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague, Belanda berkenaan tuntutan Pulau Batu Puteh, tidak didedahkan kepada pihak yang tidak terlibat dalam kes saman itu.
Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia selaku defendan, berkata Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff memutuskan demikian selepas membenarkan pemohonan perintah perlindungan yang difailkan pihaknya pada 29 Nov tahun lepas.
"Mahkamah menetapkan 1 Mac ini untuk pengurusan kes selanjutnya," katanya ketika dihubungi pemberita selepas prosiding pendengaran permohonan itu secara dalam talian, yang turut disertai SFC Shamsul Bolhassan.
Peguam Mohaji Selamat yang mewakili Mohd Hatta Sanuri selaku plaintif dalam saman itu ketika dihubungi, turut mengesahkan perkara tersebut.
Berdasarkan notis permohonan, defendan-defendan memohon perintah bahawa semua material dan dokumen yang dikemukakan sebagai ekshibit dalam sebarang permohonan interlokutari dan perbicaraan kes saman itu (dokumen-dokumen sulit), hanya boleh didedahkan kepada pihak-pihak dalam kes tersebut, peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saksi-saksi perbicaraan serta pihak-pihak yang difikirkan perlu oleh mahkamah.
Mereka juga memohon perintah bahawa pihak-pihak yang diberi akses kepada dokumen-dokumen sulit, hendaklah pada setiap masa menjaga kesulitan dan kerahsiaan dokumen sulit berkenaan termasuklah tidak mendedahkan kepada mana-mana pihak, selain daripada mereka yang dibenarkan oleh mahkamah.
Selain itu, salinan bercetak dokumen dalam kes saman berkenaan (sekiranya perlu), diperintahkan hendaklah disimpan dengan selamat oleh hakim yang mendengar kes saman terbabit.
Turut dipohon, satu perintah untuk memastikan dokumen sulit tidak dikategorikan sebagai umum, dan tidak boleh dibuka untuk pemeriksaan atau apa-apa salinan dalam apa jua bentuk termasuk pemeriksaan dalam talian secara e-filing, selain memohon prosiding dan perbicaraan kes saman itu dijalankan secara tertutup.
Permohonan tersebut dibuat atas alasan antaranya dokumen dan maklumat yang akan didedahkan dalam kes saman itu, adalah berstatus dokumen berperingkat dan bertaraf rahsia besar di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Dokumen serta maklumat yang akan didedahkan dalam kes saman itu perlu dilindungi, bagi mengelak sebarang perselisihan faham dan demi menjaga hubungan baik antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura, serta perintah perlindungan itu bagi mengelak material dan maklumat yang terkandung dalam dokumen-dokumen sulit, dimanipulasi dan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," menurut kedua-dua defendan dalam permohonan itu.
Pada 2018, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ, sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.
Pada 28 Mei tahun lepas, Mohd Hatta, 46, memfailkan tindakan saman itu mewakili dirinya dan mewakili lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dengan penarikan balik semakan semula keputusan ICJ oleh kedua-dua defendan, tanpa membincangkan dan membentangkannya terlebih dahulu di Parlimen.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Hatta memohon perintah supaya kedua-dua defendan memberi penjelasan bertulis, mengapa mereka telah menarik diri daripada semakan semula keputusan ICJ berkenaan dengan tuntutan Pulau Batu Puteh terhadap Singapura pada 1 Jun 2018, sedangkan permohonan semakan semula dengan bukti kukuh telah dimulakan dan difailkan sejak 3 Feb 2017.
Mohd Hatta turut memohon deklarasi bahawa kedua-dua defendan membayar ganti rugi kepada setiap rakyat Malaysia berdasarkan nilai tanah Pulau Batu Puteh, dan berdasarkan kerugian ekonomi dialami seluruh rakyat Malaysia termasuk plaintif secara sama rata berjumlah paling kurang RM10 juta.
Turut dimohon perintah supaya kedua-dua defendan mendedahkan secara terperinci jumlah semua kos yang telah dibelanjakan oleh defendan kedua (kerajaan), untuk persediaan permohonan semakan semula keputusan ICJ pada 3 Feb 2017 sehingga defendan-defendan menarik diri secara tiba-tiba pada 1 Jun 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022
Mahkamah menetapkan 1 Mac ini untuk pengurusan kes selanjutnya. - Gambar fail/Astro AWANI
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Dokumen dalam kes saman Pulau Batu Puteh tidak boleh didedahkan kepada pihak luar
Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff memutuskan demikian selepas membenarkan pemohonan perintah perlindungan yang difailkan pihaknya pada 29 Nov tahun lepas.