Polis menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia berumur 44 tahun yang dilaporkan bekerja tanpa dibayar gaji oleh majikannya sejak tiga tahun lepas di sebuah rumah di sini, 25 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata pihaknya bertindak atas maklumat daripada Kedutaan Indonesia, sepasukan lapan anggota termasuk dua pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, melakukan serbuan pada 1 pagi, hari yang sama.
"Dalam serbuan itu, polis menahan majikan mangsa yang merupakan seorang doktor berusia 37 tahun. Suspek telahpun diambil keterangan dan dilepaskan dengan perintah mahkamah pada hari yang sama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada Karnival Kepolisan Masyarakat dan Bandar Selamat yang dirasmikan Timbalan Ketua Polis Negeri SAC Muhamad Zaki Harun di Dataran Nilai, dekat sini.
Mengulas lanjut, Zaldino berkata mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah itu kini ditempatkan di rumah perlindungan di Kuala Lumpur.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman sebat dan hukuman penjara mandatori, jika disabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2017

Ada majikan yang memeras tenaga pembantu rumah warga asing tanpa bertanggungjawab pada hal kebajikan mereka. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.

Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif
Pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.

Hartal Doktor Kontrak: Beri perhatian, selesaikan tuntutan mereka - Anwar
Anwar mendesak kerajaan menyelesaikan isu Hartal Doktor Kontrak yang menyaksikan pegawai perubatan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di seluruh negara hari ini.

WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan sebuah piagam menggesa negara-negara meningkatkan langkah keselamatan melindungi pekerja sektor kesihatan.

Balu kepada doktor temui COVID-19 terima 'hadiah terakhir' dari suami
Balu kepada seorang doktor yang pernah memberi amaran tentang penularan wabak virus pembunuh COVID-19, Dr. Li Wenliang, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Noor Hisham minta petugas terus tabah, jaga keselamatan diri
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru petugas kesihatan agar terus tabah dan sentiasa menjaga keselamatan diri kerana mereka perlu terus memikul tanggungjawab penting dalam memerangi pandemik COVID19

COVID-19: Dalam menempuh cabaran ini, setiap daripada kita ialah wira!
Setiap profesion malah setiap orang dari pelbagai lapisan usia dan latar kerjaya memainkan peranan berdasarkan skop tugas masing-masing dalam tempoh ujian ini.

MyFundAction sumbang 1,242 smile pack kepada petugas barisan hadapan
Petugas barisan hadapan terutamanya doktor dan jururawat sudah tentu berdepan detik sukar dalam membantu pesakit dijangkiti Covid-19 di seluruh negara.

WHO puji kesiapsiagaan Malaysia tangani COVID-19 - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan WHO memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.

Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis