GEORGE TOWN: Polis akan mengambil keterangan ahli keluarga serta teman wanita kepada doktor pelatih yang maut selepas terjatuh di kediamannya di Datuk Keramat, George Town pada 17 April lepas bagi membantu siasatan kes tersebut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan V Saravanan ketika dihubungi berkata, keterangan ahli keluarga iaitu bapa dan abang mangsa akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut petang ini, manakala keterangan kekasih mangsa pula akan dirakam di Nilai, Negeri Sembilan.
“Pihak keluarga berjanji akan memberi keterangan hari ini, di sini, dan keterangan kekasihnya pula akan di buat di Nilai kerana dia berada di sana,” katanya ketika dihubungi hari ini.
BACA: Norlela serah nama lima 'doktor pembuli' kepada KKM
Saravanan berkata, polis kini dalam usaha melengkapkan siasatan kes berkenaan bagi mengetahui punca kematian seorang Pegawai Perubatan Siswazah dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) itu untuk tindakan lanjut.
“Pihak kita masih lagi menunggu keputusan hasil bedah siasat kes tersebut dan akan melengkapkan siasatan selepas semua proses merakam percakapan semua pihak yang terlibat selesai,” katanya lagi.
Saravanan berkata, sebelum ini, pihak polis telah merakamkan keterangan doktor dan rakan serumah doktor pelatih berusia 25 tahun itu.
Setakat ini polis masih mengklasifikasikan kematian doktor pelatih berkenaan sebagai kematian mengejut.
Pada 17 April lalu, seorang doktor pelatih lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di Jalan Datuk Keramat , George Town.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang, Dr Maarof Sudin, mengesahkan mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Susulan kes berkenaan, KKM menubuhkan ‘taskforce’ bebas bagi menyiasat kes kematian doktor pelatih itu dan pasukan bertindak itu juga berfungsi menyiasat budaya buli yang didakwa berlaku.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed May 11 2022

Mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP). - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Buli: Senarai nama diterima turut melibatkan doktor pakar - Khairy
Unit Integriti KKM telah diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan buli di hospital itu, manakala satu pasukan petugas khas bebas juga akan ditubuhkan.

Doktor pelatih maut: Polis rekod keterangan ahli keluarga dan teman wanita hari ini
Keterangan ahli keluarga iaitu bapa dan abang mangsa akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut petang ini, manakala keterangan kekasih mangsa pula akan dirakam di Nilai, Negeri Sembilan