KOTA BHARU: Polis menahan seorang doktor sebuah klinik swasta di sini dan tiga individu bagi membantu siasatan penipuan pengeluaran kad vaksinasi COVID-19 palsu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata doktor lelaki berusia lingkungan 60-an yang juga pemilik klinik tersebut ditahan semalam manakala tiga individu yang merupakan penerima vaksin pula ditahan pada Ahad lepas hasil serbuan di klinik tersebut.
"Keempat-empat mereka telah dibebas dengan jaminan polis namun siasatan lanjut mengenai kes itu masih diteruskan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shafien berkata serbuan di klinik tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima satu laporan berkaitan pengeluaran kad vaksinasi disyaki palsu, Ahad lepas.
Beliau berkata berdasarkan laporan tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah menerima empat aduan daripada sumber berbeza mengenai pengeluaran kad vaksinasi palsu oleh klinik berkenaan antara 1 Okt lepas dan 11 Jan lepas.
Katanya, hasil semakan lanjut mendapati empat individu yang dikatakan menerima vaksin di klinik itu tiada rekod vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera.
"Selain penahanan doktor itu, polis turut merampas kad vaksinasi dan lain-lain dokumen berkaitan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kad vaksinasi palsu diminta tampil membuat laporan polis di balai polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
Shafien berkata doktor tersebut ditahan semalam manakala tiga individu yang merupakan penerima vaksin pula ditahan pada Ahad lepas. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Doktor, 3 individu ditahan bantu siasatan pengeluaran kad vaksinasi palsu
Polis menahan seorang doktor sebuah klinik swasta dan tiga individu bagi membantu siasatan penipuan pengeluaran kad vaksinasi COVID-19 palsu.