JOHOR BAHRU: Penantian selama sembilan bulan buat seorang ibu di Johor berakhir apabila mayat anaknya yang hilang sejak Oktober lalu, ditemukan semula tengah hari Sabtu.
Asmawati Ab Kadir ketika dihubungi memaklumkan, dia tetap bersyukur apabila hasrat untuk bertemu dengan putranya dalam apa keadaan sekalipun, termakbul.
"Saya bersyukur sangat, akhirnya Allah SWT makbulkan doa saya selama sembilan bulan untuk bertemu anak saya dalam keadaan apa cara pun dirinya," jelas Asmawati, ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24 yang hilang sejak 29 Oktober tahun lalu.
Anaknya itu dipercayai hilang ketika dalam perjalanan pulang dari rumahnya di Taman Air Biru ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.
Katanya kini sudah bertolak ke Hospital Pekan, Pahang setelah menerima panggilan pihak polis berhubung penemuan kenderaan milik anaknya, Grand Livina bernombor pendaftaran WWF 3187 pada tengahari tadi.
"Pada mulanya ada seorang awam menghubungi saya sebab ingat berita viral di Facebook berhubung kehilangan anak sulung saya. Dia maklumkan nampak kereta arwah dalam sungai di sana. Tidak lama kemudian, saya dapat panggilan dari pihak polis memaklumkan perkara sama, lebih kurang jam 1 petang.
"Saya yakin memang itu adalah anak saya, kerana jenis kereta dan nombor pendaftaran kenderaan sama dengan kereta anak saya.
"Kebetulan salah seorang anggota bomba itu kawan anak, memaklumkan maklumat peribadi termasuk bag kerja, baju kerja dan kad kerja atas nama anak saya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut Azmawati, keluarganya lega dan bersyukur selepas penantian selama sembilan bulan itu berakhir dan reda dengan kejadian yang menimpa.
"Saya berdoa setiap malam, supaya Allah SWT temukan kami dalam apa jua bentuk keadaan anak. Sebagai orang Islam saya tahu, anak saya milik Allah SWT.
"Walau apa bentuk sekalipun tidak mengapa, Alhamdulillah, Allah SWT makbulkan doa saya," katanya yang memaklumkan anaknya sudah lebih sebulan bekerja di Terengganu ditemui selepas kenderaannya kelihatan apabila Sungai Api-api di Nenasi, Pekan, Pahang sedikit surut.
Bercerita lanjut, Azmawati berkata tepi sungai terbabit sememangnya jalan yang di lalui anaknya setiap kali untuk pulang ke tempat kerja di Terengganu.
Katanya sejak malam 29 Oktober tahun lalu, anaknya hilang dan tidak dapat dihubungi, dia sekeluarga mencari dan melalui jalan tersebut.
"Dalam tempoh sebulan selepas kehilangan anak saya, saya sekeluarga ada mencarinya di laluan ini beberapa kali tetapi tidak menemui sebarang petunjuk.
"Banyak kali lalu jalan ini, kerana ini adalah jalan anak untuk pulang ke tempat kerja,"katanya yang mempunyai dua anak.
Kisah kehilangan Muhammad Iman Aqmar menjadi tular di media sosial tahun lalu, apabila adiknya memohon orang ramai mengesan abangnya selepas gagal dikesan.
Muhammad Iman Aqmar bergerak dari Pasir Gudang jam 1.30 pagi pada 29 Oktober ke Terengganu dengan memandu kereta miliknya.
Muhammad Aiman Hakeem
Sat Jul 23 2022
Asmawati Ab Kadir ketika dihubungi memaklumkan, dia tetap bersyukur apabila hasrat untuk bertemu dengan putranya dalam apa keadaan sekalipun, termakbul. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Resah ibu terjawab, mayat anak ditemukan dalam parit
Keresahan seorang ibu apabila anaknya tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu akhirnya terjawab selepas mayat seorang lelaki ditemukan dalam parit berhampiran sebuah sekolah pada petang Sabtu.
Doa selama sembilan bulan termakbul, ibu bersyukur mayat anak dijumpai
Penantian selama sembilan bulan buat seorang ibu di Johor berakhir apabila mayat anaknya yang hilang sejak Oktober lalu, ditemukan semula tengah hari Sabtu.
Ibu bunuh anak OKU, simpan mayat dalam bekas najis kucing
Mayat remaja malang itu disimpan di dalam bekas najis kucing selama beberapa minggu sebelum dikerat oleh teman lelaki ibunya,Jacob Sullivan.