KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyanggah kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin bahawa Kementerian Kewangan (MOF) tidak berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam pelantikan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk melaksanakan teknologi 5G di Malaysia.
Dalam satu kenyataan, Tengku Zafrul menjelaskan Kementerian Kewangan (MOF) sentiasa bekerjasama rapat dengan KKMM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam segala usaha menambah baik kesalinghubungan digital di Malaysia.
Tengku Zafrul memaklumkan cadangan menggunakan model Rangkaian Borong Tunggal atau Single Wholesale Network (SWN) bagi rangkaian 5G, serta penglibatan KKMM bermula sejak 2019.
Katanya, ia untuk menyegerakan pelancaran 5G di Malaysia yang dianggap ketinggalan berbanding Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina di mana negara itu telah berjaya melancarkan rangkaian 5G mereka seawal 2019.⠀
"Dari segi kos pajakan spektrum 5G, dakwaan bahawa “DNB akan jual pula pada telco jadi dua kali ganda peningkatan” juga tidak berasas.
"Saya telah pun menjelaskan kepada Parlimen pada 25 November 2021 bahawa DNB akan mengenakan caj kurang daripada 20 sen bagi setiap gigabit (GB) untuk 5G kepada syarikat telekomunikasi.
"Sebagai perbandingan, ini adalah jauh lebih murah berbanding kos tambahan semasa bagi setiap GB 4G oleh syarikat telekomunikasi dengan kadar 45 - 55 sen bagi setiap GB," katanya.
BACA: Teknologi 5G: MoF tidak bincang dengan KKMM ketika lantik DNB - Zahidi
Beliau juga memaklumkan, melalui model SWN, setiap syarikat telekomunikasi dijangka akan membayar DNB antara RM3.5 bilion hingga RM4 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Jumlah ini, jelas Tengku Zafrul jauh lebih rendah berbanding anggaran RM7.5 bilion untuk menaik taraf satu rangkaian 4G utama kepada 5G di Malaysia.
"Ini bermakna mereka akan mendapatkan penjimatan lebih dari 50 peratus, dan penjimatan tersebut dapat mengurangkan harga perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan atau pengguna.
"Pada masa yang sama, mereka juga masih boleh membayar lebih banyak dividen kepada pemegang saham masing-masing," katanya lagi.
Tengku Zafrul juga menjelaskan, kos pelaksanaan rangkaian 5G ini akan dibiayai melalui gabungan pembiayaan tertunda kepada vendor, pembiayaan perdagangan dan modal kerja, serta program sukuk yang akan diterbitkan dalam pasaran modal negara.
Jelas beliau, ia juga tidak akan melibatkan apa-apa jaminan atau pembiayaan daripada kerajaan, terutamanya secara tidak langsung, atau off-balance sheet, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
"DNB akan mendapatkan pembiayaan tersebut melalui perkhidmatan kewangan seperti bank-bank, dan ini akan dibayar semula melalui hasil jualan yang dijana daripada penjualan kapasiti secara borong," katanya.
Beliau juga menegaskan DNB dianggotai oleh pakar yang paling berpengalaman dalam industri telekomunikasi dan ia sekali gus menolak dakwaan model SWN akan gagal seperti mana negara lain.
"Kebolehan kerajaan melalui DNB perlu diberi peluang kerana suatu hari nanti, kita akan dapat membuktikan bahawa andaian mereka adalah kurang tepat, dan Malaysia boleh berjaya dalam melaksanakan model ini untuk 5G," katanya.
Beliau juga menyifatkan dakwaan bahawa kepentingan kontraktor Bumiputra akan diketepikan di dalam projek 5G tidak berasas kerana salah satu syarat projek ini adalah keperluan untuk memanfaatkan sekurang-kurangnya 60 peratus kontraktor Bumiputera dalam tempoh 10 tahun akan datang.⠀⠀⠀
Astro Awani
Fri Dec 10 2021

Tengku Zafrul memaklumkan cadangan menggunakan model Rangkaian Borong Tunggal atau Single Wholesale Network (SWN) bagi rangkaian 5G, serta penglibatan KKMM bermula sejak tahun 2019. - Gambar fail

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.
AWANI Tonight: Govt considers congestion charges in major cities to ease traffic
The government is considering congestion charges in Kuala Lumpur, Georgetown and Johor Bahru to ease traffic in these cities, pending studies and Cabinet approval
AWANI Tonight: Malaysia Education Blueprint: Progress, challenges & the road ahead
As the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 nears its conclusion this year, Dr. Logendra Stanley Ponniah from Taylor’s University evaluates its achievements, remaining gaps and the way forward.

Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru
Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen.

Jabatan Perikanan Perak tekad perangi populasi ikan asing
Jabatan Perikanan Perak terus komited memerangi populasi spesies ikan asing yang merupakan ancaman besar kepada ekosistem sungai di negeri ini, kata Pengarahnya Mohd Ghazali Abd Manap.

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama keselamatan maritim
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Badan Keamanan Laut Indonesia (Bakamla) menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi menjamin keselamatan perairan kedua-dua negara.

40 rakyat China yang ditipu untuk masuk secara tidak sah ke Thailand dihantar pulang
Operasi itu adalah contoh kerjasama berterusan kedua-dua negara untuk menangani aktiviti jenayah rentas sempadan.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.

Kelemahan sistem pengairan, saliran penyebab utama pengurangan hasil padi - Mohamad Sabu
Projek Pembangunan Infrastruktur diumumkan bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun.

Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.

UMNO perlu bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri
Tengku Zafrul berkata kritikan, jika perlu disampaikan, sebaiknya menerusi platform yang disediakan.

Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).

MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan.

Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini.

Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Bagi 2024, MITI sasar peningkatan pelaburan 5%, dengan menyasarkan destinasi pelaburan eksport baharu seperti Afrika dan Amerika Selatan.

Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.

Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul
Bagi tempoh sama, jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM753.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA.

Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM
Tengku Zafrul berasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.

MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI
Tengku Zafrul berkata, JTPPP akan melapor secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.