Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak boleh dijadikan bukti bagi meluluskan sebarang permohonan untuk menjadi warganegara.
Sebaliknya, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, ujian berkenaan hanya boleh dijadikan dokumen sokongan untuk memohon taraf kewarganegaraan Malaysia.
Menurut beliau, kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung sewaktu kelahiran selaras peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan serta perundangan berkaitan.
“Buat masa ini kerajaan hanya menggunakan keputusan DNA sebagai dokumen sokongan bagi mengesahkan pertalian darah seseorang dengan ahli keluarga yang lain dan tidak dijadikan bukti konklusif dalam penganugerahan kewarganegaraan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) sama ada kerajaan bercadang menggunakan DNA sebagai bukti mengenal pasti hubungan antara anak dengan bapa dalam memohon status kerakyatan Malaysia.
Mohd Azis berkata, kaedah merekod taraf kewarganegaraan individu yang dilahirkan di Malaysia oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah selaras dengan peruntukan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Citizenship Rules 1964.
Kaedah berkenaan sekali gus menjadikan mana-mana pemohon untuk mematuhi undang-undang lain yang berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan dan mempunyai status keberadaan yang sah di Persekutuan.
Dalam perkembangan lain, Mohd Azis menjelaskan, kerajaan sedia untuk mengkaji semula penggajian anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada 11 Jun lalu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan, kajian tersebut perlu mengambil kira kekangan dan implikasi kewangan negara serta pariti dengan skim-skim perkhidmatan lain.
"Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan kajian dan telah membentangkan perkara ini kepada Kementerian Kewangan Malaysia pada 10 Julai 2019 dan memanjangkan permohonan ini ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 20 Ogos 2019 untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.
Mohd Azis berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH - Kapar) terhadap cadangan untuk mengkaji semula penggajian anggota agensi penguatkuasaan memandangkan cabaran tugas yang semakin hebat terutamanya PDRM dan penjara.
Wan Syamsul Amly
Wed Nov 27 2019
Ujian DNA hanya boleh dijadikan dokumen sokongan untuk memohon taraf kewarganegaraan Malaysia, kata Mohd Azis Jamman. - Gambar fail
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
DNA tidak boleh jadi bukti lulus kewarganegaraan
Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak boleh dijadikan bukti bagi meluluskan sebarang permohonan untuk menjadi warganegara.
Tiada wabak demam babi Afrika (ASF) di Sarawak - Uggah
Hanya satu sampel daripada 17 daging babi luncheon dalam tin diimport dari China didapati positif dalam ujian DNA virus itu pada 25 Okt lepas.
Hanya Jabatan Kimia boleh buktikan DNA babi dalam makanan - JAKIM
JAKIM menjelaskan, hanya keputusan oleh makmal Jabatan Kimia Malaysia sahaja yang boleh dijadikan bukti bagi mana-mana kes pengesanan ujian DNA babi dalam produk makanan.
Nahas Terowong Menora: Mangsa dipercayai dari empat keluarga berbeza
Lima mangsa yang rentung dalam kemalangan antara treler dan kereta di KM255.3 di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora pada Sabtu dipercayai melibatkan empat keluarga berbeza.
Keputusan ujian DNA Morais dalam masa dua minggu
Adik Morais, Datuk Richard Morais berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Institut Forensik Nasional di Hospital Kuala Lumpur, pagi tadi.
Ujian DNA akan dilakukan terhadap mayat Kevin Morais
Satu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan ke atas mayat yang ditemui dalam tong berisi konkrit, di Hospital Kuala Lumpur pagi Jumaat.