JOHOR BAHRU: Hanya kerana tertekan hon kereta, seorang lelaki ditumbuk seorang penunggang motosikal sebelum suspek memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan dua batang besi, dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Taman Setia Indah di sini pada Jumaat.
Bukan itu sahaja, suspek yang menunggang motosikal Yamaha 135LC turut menumbuk dan memukul kepala pemandu kereta berkenaan menggunakan topi keledar dalam kejadian pada jam 12 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa membuat laporan polis pada jam 1.55 petang.
"Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa berada di lokasi telah berselisih faham dengan seorang penunggang motosikal warga tempatan kerana membunyikan hon tanpa sengaja. Mangsa tidak mengenali lelaki terbabit.
"Ketika kejadian, suspek kemudian menyemburkan serbuk pemedih mata ke arah mata mangsa, memukul kepalanya menggunakan topi keledar dan memecahkan cermin kereta di bahagian hadapan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, kemudian empat lelaki tempatan yang tidak dikenali, dipercayai kawan suspek, datang ke lokasi menaiki pacuan empat roda.
"Mereka terus bertindak memecahkan cermin kereta mangsa di bahagian belakang dan pintu kanan serta kiri. Suspek juga memukul bonet depan kereta mangsa menggunakan dua batang besi panjang," katanya.
Raub berkata, mangsa bengkak dibibir, lebam di tangan dan sakit di belakang badan serta leher.
Susulan itu, beliau berkata, lima suspek yang terlibat dalam kes tersebut dikesan bagi membantu siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali menerusi talian 013-7290763," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 kanun keseksaan dan Seksyen 427 kanun keseksaan.
Pada Jumaat, tular satu video berdurasi enam saat memaparkan tindakan dua lelaki membuat kerosakan terhadap sebuah kereta berwarna putih.
Turut kelihatan kesan cermin pecah di tingkap pemandu kereta terbabit.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 30 2022
Suspek turut menumbuk dan memukul kepala pemandu kereta berkenaan menggunakan topi keledar. - Sinar Harian
Harris batalkan lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman akibat kebakaran hutan di Los Angeles
Sebagai tindak balas terhadap kebakaran hutan di Los Angeles, Kamala Harris membuat keputusan untuk membatalkan lawatan beliau.
Pelajar tahfiz maut ditemui dalam keadaan memeluk al-Quran
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zahwa, 14, ditemui maut dalam keadaan memeluk senaskhah al-Quran.
Mangsa banjir di Perak bertambah hari ini
Lapan belas orang daripada lima keluarga berlindung di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai berbanding 15 orang daripada empat keluarga semalam.
Key trends and challenges from 2024, insights for 2025
Dive into the pivotal trends that shaped Malaysia's property market in 2024 and uncover expert insights for navigating the challenges and opportunities of 2025 with Sr Sulaiman Saheh, Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd. Discover the surprising trends that shaped the past year and get expert predictions for 2025. From market dynamics and affordability to sustainability and foreign investment, this interview covers all the critical insights you need to navigate the property landscape.
AWANI Pagi: Garis panduan pastikan konsert bebas dadah
Diskusi Awani Pagi 8.30 bersama Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez, melihat isu keselamatan, kesedaran dan penguatkuasaan berhubung garis panduan untuk memastikan penganjuran konsert bebas dadah.
Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada jam 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 di akhir urus niaga semalam.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 10 Januari 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi Selasa.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 10 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
JS-SEZ: Strategic Prospects for ASEAN Amid Global Shifts
Yun Liu, ASEAN Economist at HSBC, discusses the Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) as a potential catalyst for regional growth. Explore insights on how the JSSEZ can attract global investors amid geopolitical tensions, China’s economic slowdown, and evolving trade dynamics.
Status representasi Inspektor Sheila 20 Mac
Status representasi Inspektor Sheila untuk membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran orang awam ditetapkan pada 20 Mac depan.
Belasah penghantar makanan bunyikan hon, tiga suspek diberkas
ACP Cha berkata, tiga lelaki warga tempatan berumur 28 hingga 39 tahun itu ditahan sekitar daerah Klang kira-kira jam 6.30 petang.
Ditumbuk, cermin kereta dipecah kerana bunyikan hon
Suspek turut menumbuk dan memukul kepala pemandu kereta berkenaan menggunakan topi keledar.
Ditikam gara-gara bunyikan hon kereta
Gara-gara membunyikan hon kereta, seorang pegawai pemasaran cedera ditikam dua lelaki dalam satu kejadian di bandar raya ini, Ahad lepas.