KEMUNCULAN bulan Ogos sememangnya cukup istimewa di hati rakyat Malaysia.
Apa tidaknya pada penghujung bulan ini atau lebih tepat pada 31 Ogos kita semua akan menyambut Hari Kebangsaan.
Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan berlangsung kita juga akan sentiasa dihidangkan dengan pelbagai iklan dan kempen menarik dari pelbagai pihak bagi mencetuskan semangat patriotisme yang lebih mantap.
Bila bercakap tentang iklan sambutan hari kebangsaan atau kemerdekaan kita pasti tidak akan lupa tentang kisah iklan mencuit hati di antara dua kanak-kanak bernama Tan Hong Ming dan Ummi Khazriena.
Walau iklan tersebut hanya berdurasi selama 33 saat sahaja, namun impak yang dihasilkan oleh iklan bertajuk ‘Tan Hong Min In Love’ kekal sehingga ke hari ini.
Itu hasil magis yang ditinggalkan oleh karyawan unggul tanah air, Allahyarham Yasmin Ahmad.
Menerusi iklan istimewa yang disiarkan pada tahun 2007 itu menonjolkan bagaimana seorang budak lelaki bernama Tan Hong Ming dengan penuh keikhlasan, naif dan selamba menceritakan kisah cinta pertamanya dengan rakan sekelas Ummi Khazriena Skhrudin.
Sifat tanpa mengenal erti bangsa, warna kulit dan agama dilihat berjaya menyampaikan mesej keharmonian kaum kalangan rakyat Malaysia sehingga kini.
DIGABUNGKAN SEMULA
Boleh dikatakan setiap tahun pasti ramai yang bercerita tentang kecomelan mereka berdua yang tampil menerusi iklan tersebut. Dan kini selepas kira-kira 15 tahun, Tan Hong Min dan Ummie Khazriena disatukan kembali menerusi satu iklan Merdeka yang diterbitkan oleh pengeluar jersi sukan dan gaya hidup terkemuka yang berpengkalan di Pulau Pinang, Lokalteez dan Teamwear.
Menerusi video berjudul ‘Ummi & Tan Hong Ming: Remembering Yasmin Ahmad’, pada mulanya mereka kelihatan cukup malu-malu. Apa tidaknya mereka sudah lama tidak bertemu mata. Walaupun begitu jauh di sudut hati mereka berdua cukup teruja kerana dapat bertemu semula. Keakraban di antara mereka juga tidak dapat dinafikan masih wujud dengan cukup baik sekali.
Jelas Ummi kali terkahir mereka berdua berjumpa ialah pada tahun 2016 untuk sebuah iklan. Kemudian masing-masing seakan sibuk dengan urusan peribadi masing-masing dan jarang berhubung.
Ummi yang kini bertugas sebagai seorang eksekutif dan Tan Hong Ming pula baru saja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi dari Sunway University sempat mengimbas kenangan bekerja di bawah arahan pengarah tersohor, Yasmin Ahmad.
Bila ditanya tentang pendapatnya tentang Arwah Yasmin Ahmad, Tan Hong Ming dengan teruja menyarakan pendapatnya. “Arwah Yasmin Ahmad berjaya menyerlahkan rasa muhibah dalam karyanya. Dan saya rasa itulah kualiti terbaik yang ada pada Yasmin Ahmad.
Manakala bagi Ummi pula dia berpendapat Arwah Yasmin Ahmad sebagai seorang insan seni yang mempunyai bakat sangat luar biasa. Disebabkan itulah menerusi karyanya dia berjaya mengeluarkan rasa dan jiwa.
“Bagi Ummi, dia adalah seorang dalam sejuta”, tambahnya lagi.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-65! - MASKULIN
Maskulin
Sat Aug 27 2022
Selepas kira-kira 15 tahun, kini Tan Hong Min dan Ummie Khazriena disatukan kembali menerusi iklan Merdeka terbitan pengeluar jersi sukan dan gaya hidup, Lokalteez dan Teamwear. - Foto MASKULIN
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam
Larangan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, melibatkan pengharaman imej produk tidak sihat.
X saman pengiklan, dakwa boikot sebabkan pendapatan menjunam
Nasib platform ini semakin tenat dengan pendapatan pengiklanan menjunam 40% dalam tempoh enam bulan pertama berbanding tahun sebelumnya.
Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan, publisiti dibelanjakan dua kerajaan terdahulu - Fahmi
Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan dan publisiti dibelanjakan oleh dua kerajaan terdahulu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Disney Plus rancang kurangkan kandungan, jual lebih banyak iklan dan tingkatkan yuran langganan
Untuk mengurangkan kos, Disney merancang untuk mengurangkan beberapa kandungan sedia ada pada perkhidmatan penstriman.
Tahun Baharu Cina: Iklan, filem pendek dengan unsur kekeluargaan terus jadi pilihan
Kebanyakan iklan akan menyentuh unsur sentimental seperti persahabatan dan kekeluargaan.
CGS-CIMB turunkan harga sasaran Media Prima kepada 49 sen, Wow Shop dijangka jejaskan keuntungan suku ketiga
Ia mengambil kira kadar cukai yang lebih tinggi dan hasil iklan serta jualan membeli-belah di televisyen yang lebih rendah.
Dakwaan uji format lima iklan tanpa langkau, ini jawapan YouTube
TeamYouTube memaklumkan apa yang dialami pengguna terbabit ialah format iklan yang dipanggil "iklan bamper".
Disatukan semula! Tan Hong Ming, Ummi Khazriena digandingkan lagi menerusi iklan Merdeka istimewa
Selepas kira-kira 15 tahun tahun, Tan Hong Ming dan Ummi Khazriena ditemukan semula dalam semangat Hari Kemerdekaan yang sama.
Adex dijangka bertambah baik pada Q2FY22 selepas perniagaan beroperasi pada tahap optimum
Ia juga disokong oleh permintaan yang kukuh daripada pasaran domestik yang akan menggalakkan aktiviti periklanan.
Ini lapan iklan Tahun Baharu Cina yang perlu anda tonton, tampil keindahan perayaan di Malaysia
Kalau dulu, semuanya dipaparkan di televisyen namun kini, dengan perkembangan teknologi, banyak video tersebut boleh ditonton di media sosial dan internet.