KUALA LUMPUR: Polis menggesa dan menasihatkan masyarakat, agar tidak mengambil tindakan sendiri dan mengeruhkan keadaan susulan kejadian dua pengawal peribadi yang mendakwa dipukul oleh majikan kerana berpuasa, baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis turut mengesan kenyataan-kenyataan berbaur ugutan di sebalik beberapa petikan video untuk mengisytiharkan 'perang' dan mengepung kawasan Klang .
Arjunaidi berkata, kenyataan seumpama itu boleh mengeruhkan keadaan serta menjejaskan ketenteraman awam.
"Polis Kontinjen Selangor mengesan beberapa keratan video yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial yang menggesa supaya tindakan setimpal diambil terhadap suspek yang memukul dua orang pengawal peribadi kerana berpuasa.
"Selain daripada itu turut terkesan, beberapa gesaan yang berbaur ugutan daripada pihak tertentu untuk mengisytiharkan 'perang'' dan mengepung kawasan Klang," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
BACA: Dua 'bodyguard' dipukul, diacu pistol, diugut bunuh kerana berpuasa
BACA: Pukul 'bodyguard' berpuasa: Polis bongkar suspek dalang sindiket, rampas emas, wang RM28.45 juta
Mengulas lanjut Arjunaidi berkata, mereka yang bertanggungjawab boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian atau menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih.
Beliau turut memaklumkan, setakat ini, lima individu ditahan menerusi beberapa siri tangkapan.
Empat daripada mereka katanya, ditahan di Klang Selatan sementara seorang lagi ditahan di sekitar Dang Wangi, di sini.
Kesemua mereka ditahan reman antara lima dan tujuh hari.
Umavathi Ramayah
Fri Apr 16 2021
Arjunaidi Mohamed berkata, polis mengesan beberapa gesaan yang berbaur ugutan daripada pihak tertentu untuk mengisytiharkan perang dan mengepung kawasan Klang. - Gambar fail
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke IPK Selangor
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 minggu lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk siasatan lanjut.
Polis rampas dadah bernilai lebih RM44 juta, hapus bekalan untuk 25.5 juta penagih
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, jumlah rampasan dadah itu boleh digunakan oleh 25.5 juta penagih dadah.
38 along tawar khidmat di media sosial ditahan - Ketua Polis Selangor
Sindiket ini beroperasi di sekitar Selangor antara satu hingga dua tahun dengan menjalankan aktiviti pinjaman wang segera.
Bedah siasat dapati tahanan mati akibat serangan jantung - Ketua Polis Selangor
Laporan bedah siasat ke atas seorang tahanan yang mati di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak pada Khamis mendapati kematiannya disebabkan arcute myocardial infarction atau serangan jantung.
Polis buka kertas siasatan terhadap Exco langgar SOP Aidilfitri - Ketua Polis Selangor
Polis buka kertas siasatan terhadap seorang Exco Selangor yang didakwa melanggar SOP PKP dengan menganjurkan majlis sambutan Aidilfitri di kediamannya.
Taktik seludup dadah dalam teh herba Cina terbongkar
Taktik sindiket dadah berselindung di sebalik paket menyerupai bungkusan teh herba Cina untuk mengaburi polis akhirnya terbongkar selepas polis menahan dua lelaki.
Dipukul kerana puasa: Polis kesan ada pihak ugut isytihar 'perang', kepung Klang
Polis mengesan kenyataan-kenyataan berbaur ugutan di sebalik beberapa video klip untuk mengisytiharkan perang dan mengepung kawasan Klang susulan kejadian dua pengawal peribadi yang dipukul majikan.
2,433 ahli kongsi gelap dicekup sejak 2015 di bawah POCA
Dengan penangkapan ahli kongsi gelap tersebut, kadar jenayah melibatkan kumpulan kongsi gelap di Selangor agak terkawal.
Penipuan dalam talian semasa PKP: 14 individu ditahan, 51 kes dilaporkan
Polis Selangor menahan 14 individu terlibat dalam kes penipuan pinjaman wang tidak wujud (PTW) dalam tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Usahawan kosmetik bergelar Datuk Seri, adik ditahan terlibat sindiket dadah antarabangsa
Ahli perniagaan berusia 31 tahun itu serta adik lelakinya yang juga seorang anggota tentera berusia 25 tahun ditahan sekitar jam 4.30 petang Selasa lalu.