KLANG: Seorang penghuni rumah di Taman Bayu Emas, di sini cedera selepas dipukul menggunakan penyodok air oleh jirannya yang berang selepas ditegur kerana menolak air paip masuk ke rumahnya, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi akibat perselisihan faham di antara mangsa dan jirannya.
Menurutnya, kejadian berpunca akibat jiran mangsa telah menolak air paip menggunakan penyodok air ke kawasan rumah mangsa.
"Perbuatan tersebut menyebabkan kemarahan mangsa dan seterusnya berlaku pergaduhan.
"Semasa pergaduhan itu, jiran (suspek) telah memukul mangsa menggunakan penyodok air yang diperbuat daripada besi.
"Tindakan itu mengakibatkan mangsa berusia 54 tahun mengalami luka di kepala dan menerima 15 jahitan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah menahan suspek pada jam 10.30 malam hari yang sama.
Katanya, suspek berusia 43 tahun itu kini direman tiga hari sehingga Rabu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," ujarnya.
Tambahnya, polis menasihatkan kepada orang awam agar sentiasa mengamalkan nilai murni, memperkukuhkan semangat kejiranan serta mewujudkan suasana harmoni di kawasan perumahan bagi mengelakkan perselisihan faham sesama jiran. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 01 2022
Polis menasihatkan kepada orang awam agar sentiasa mengamalkan nilai murni, memperkukuhkan semangat kejiranan serta mewujudkan suasana harmoni di kawasan perumahan. - Gambar hiasan
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
Dipukul jiran selepas tegur air masuk rumah
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi akibat perselisihan faham di antara mangsa dan jirannya.