KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki menyerang ibu dan abangnya dengan parang selepas dilarang berkawan dengan teman wanitanya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata remaja terbabit ditahan kira-kira 7 malam, Rabu lepas (15 Nov) dan polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Beliau berkata dalam kejadian di sebuah rumah di Pandan Jaya, Ampang di sini pada 1 Nov lepas, remaja terbabit mencederakan kaki kiri abangnya yang berusia 26 tahun dengan menggunakan parang berukuran 25 inci panjang selain mengejar ibunya sehingga wanita terbabit terpaksa melarikan diri ke rumah jiran.
"Semakan mendapati remaja yang tidak bekerja itu mempunyai lima rekod kes jenayah dan dadah namun ujian saringan air kencing adalah negatif," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya remaja itu direman empat hari bermula 16 Nov hingga hari ini mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan ugutan jenayah.
Sementara itu, lima lelaki berusia 24 hingga 26 tahun ditahan pada 10.05 pagi Rabu lepas kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah dan melarikan wang tunai kira-kira RM400 dan topi keledar di sebuah rumah kedai di Taman Ampang Mewah dekat sini.
Mohd Azam berkata siasatan awal mendapati, sebelum kejadian pecah masuk kira-kira 4.30 pagi itu, kesemua suspek yang dalam keadaan mabuk turut memukul dua lelaki warga Myanmar di bawah rumah kedai tersebut.
Kesemua suspek ditahan reman tujuh hari bermula 16 hingga 22 Nov ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki menyerang ibu dan abangnya dengan parang selepas dilarang berkawan dengan teman wanitanya. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Dilarang berkawan dengan teman wanita, remaja serang ibu dan abang guna parang
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki menyerang ibu dan abangnya dengan parang selepas dilarang berkawan dengan teman wanitanya.