Gambar seorang kanak-kanak muntah di pangkuan riba seorang anggota bomba yang tular di media sosial hari ini, mengundang pelbagai reaksi netizen dan menerima lebih 10,000 emoji.
Turut dimuat turun bersama gambar itu kapsyen perbualan yang menyebabkan netizen rasa tersentuh sekali gus melahirkan rasa bangga terhadap pekerjaan dan tugas anggota bomba.
Gambar tersebut dipercayai dirakam seorang individu dikenali sebagai Efi Cassey selepas kejadian kebakaran membabitkan tujuh mangsa di Cyberjaya awal pagi tadi.
Di bahagian kapsyen gambar bertulis ‘Dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, sebuah kisah benar dalam jentera perkhidmatan bantuan kecemasan perubatan (EMRS) jam 1 pagi tadi. Kebakaran yang membabitkan tujuh mangsa’.
Kapsyen berkenaan turut diselitkan dengan dialog antara mangsa kanak-kanak dan anggota bomba terbabit apabila kanak-kanak itu mahu muntah.
"Adik: nak muntah. Abam Bomba: Tak apa, muntah je. Sambil tu habis baju api beliau dipenuhi dengan muntah adik tu,” tulis pemilik akaun, Muhd Azul yang memuat naik status tersebut yang kemudian tular di Facebook.
Difahamkan, bapa kepada kanak-kanak itu berada dalam ambulans lain manakala ibunya sedang terbaring dalam EMRS.
Status bergambar dimuat naik yang turut memaparkan reaksi wajah anggota bomba tersenyum itu menerima lebih 1,500 perkongsian serta ratusan komen netizen.
Jaya Padiman Bayan Budiman menulis, mulia hati abam bomba ni.
“Ya ALLAH ampuni dosa-dosanya, rahmatilah dia, beri afiat dan kesejahteraan untuknya dan keluarganya,” tulisnya di bahagian komen.
Sementara itu, Adda Alias pula menulis ‘sweetnya’ abang bomba ni. Nak muntah juga la. Sudi tak abang bomba tolong lapkan muntah saya.
Farah Fied pula menulis kerjaya yang kurang diberi perhatian dan dibangga-banggakan
“Tetapi itulah mereka, ikhlas dari hati memikul tanggungjawab tanpa mengira apa pun yg mereka hadapi,” tulisnya.
Sinar Harian
Fri Oct 26 2018

m seorang individu dikenali sebagai Efi Cassey selepas kejadian kebakaran membabitkan tujuh mangsa di Cyberjaya awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

'Dik, tak apa muntah je'
Gambar seorang kanak-kanak muntah di pangkuan riba seorang anggota bomba yang tular di media sosial hari ini, mengundang pelbagai reaksi netizen dan menerima lebih 10,000 emoji.