AMPANG JAYA: Gara-gara gagal membayar hutang, seorang lelaki warga asing diculik dan dipukul kenalannya, dua hari lalu.
Ketua Polis Dearah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan daripada isteri mangsa, seorang tukang cuci yang menyatakan menerima panggilan daripada suaminya, berusia 43 tahun yang dipercayai diculik beberapa lelaki warga asing dan dikurung di Shah Alam.
Dalam perbualan itu, katanya, mangsa meminta isterinya untuk membayar RM5,000 sebagai wang tebusan sebagai syarat untuk dibebaskan.
Bertindak atas laporan itu, beliau memberitahu, polis menahan tiga lelaki termasuk dua lelaki tempatan berusia 26 hingga 40 tahun berhampiran sebuah restoran di Taman Cempaka, di sini.
"Dengan penahanan ini, kita berjaya menyelamatkan mangsa dan siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan di muka, dipercayai dipukul.
"Berdasarkan keterangan, mangsa mengenali suspek kerana pernah berurusan sebelum ini, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Mangulas lanjut, Mohamad Farouk memberitahu, kesemua suspek kini direman empat hari bermula Rabu.
Katanya, siasatan ke atas mereka dilakukan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Sementara lelaki warga asing yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri pula akan turut disiasat mengikut Seksyen 6(1) (C) Akta Imgresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh dikenakan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan.
Semakan rekod lampau ke atas suspek juga katanya, mendapati hanya seorang lelaki tempatan mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah dan telah dijatuhkan hukuman.
"Hasil saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek bebas dari penyalahgunaan dadah," katanya.
Menurutnya, polis masih memburu suspek yang masih bebas.
Umavathi Ramayah
Thu Jan 20 2022
![Diculik, dipukul kerana gagal bayar hutang Diculik, dipukul kerana gagal bayar hutang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628757327_MohamadFaroukEshakKe.jpg)
Mohamad Farouk Eshak memberitahu, kesemua suspek kini direman empat hari bermula Rabu. - Gambar fail/BERNAMA
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712846468_PDRM.jpg)
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
![Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709782799_TBkhianatrumahj.jpg)
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
![Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691589645_HandcuffGari.jpg)
Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.
![Berang tak dapat RM5,000, isteri acu pisau pada suami Berang tak dapat RM5,000, isteri acu pisau pada suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688986414_Tikam.jpg)
Berang tak dapat RM5,000, isteri acu pisau pada suami
Berang kerana wang RM5,000 yang diminta untuk pulang ke kampung tidak diberi, seorang wanita warga Indonesia bertindak mengugut dengan mengacu pisau ke muka suaminya.
![Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689461437_AmpangJayaNightRu.jpg)
Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.
![Cemburu dipercayai punca lelaki maut dalam letupan Cemburu dipercayai punca lelaki maut dalam letupan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672802933_pelayanrestoranmau.jpg)
Cemburu dipercayai punca lelaki maut dalam letupan
Kedua-dua suspek iaitu lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berusia 30 tahun itu ditahan di Serdang, Kedah, malam Selasa.
![Berhenti ambil gambar di lorong kecemasan, punca kemalangan di Lebuhraya SUKE - Polis Berhenti ambil gambar di lorong kecemasan, punca kemalangan di Lebuhraya SUKE - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663561964_TBeksidensuke.jpg)
Berhenti ambil gambar di lorong kecemasan, punca kemalangan di Lebuhraya SUKE - Polis
Lorong kecemasan bukan untuk berhenti sesuka hati dan ambil gambar pemandangan!
![MPAJ sita pasu bunga, kon diguna untuk cop parkir MPAJ sita pasu bunga, kon diguna untuk cop parkir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655506313_MPAJSita.jpg)
MPAJ sita pasu bunga, kon diguna untuk cop parkir
Barangan terbabit dipercayai digunakan sebagai 'penanda' cop parkir di kawasan pangsapuri kos rendah sekitar Ampang.
![Tanah runtuh Ampang Jaya: Lima rumah terjejas, 12 penduduk berpindah - Polis Tanah runtuh Ampang Jaya: Lima rumah terjejas, 12 penduduk berpindah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648708368_tanahruntuhampang.jpg)
Tanah runtuh Ampang Jaya: Lima rumah terjejas, 12 penduduk berpindah - Polis
Lima buah rumah di dua lokasi berasingan di Ampang Jaya di sini terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat petang semalam.
![Hujan berterusan beberapa hari tingkatkan risiko tanah runtuh - Pakar Hujan berterusan beberapa hari tingkatkan risiko tanah runtuh - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646984990_TBruntuhpermai.jpg)
Hujan berterusan beberapa hari tingkatkan risiko tanah runtuh - Pakar
Perkara yang perlu diberi perhatian kini adalah cara untuk mencegahnya daripada berlaku termasuk insiden besar seperti di Ampang itu.