Seramai 300 ribu orang muda di negara ini didapati menghidapi penyakit diabetes melitus jenis 2 atau dikenali sebagai 'T2DM'.
Jumlah itu dikhuatiri meningkat ekoran jangkaan peningkatan penghidap T2DM di seluruh dunia daripada 230 juta kepada 440 juta penghidap menjelang 2030.
Menurut pakar endokrinologi Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Dr Wan Mohamad Wan Bebakar, penyakit diabetes kini ancaman baru bagi golongan muda.
“Hakikatnya, 20.8 peratus dari rakyat Malaysia ketika ini adalah penghidap T2DM... apa yang kami khuatiri ialah jumlah penghidap muda yang berusia dalam lingkungan 20-25 tahun meliputi lima peratus dari jumlah itu,” katanya ketika pelancaran Kombiglyze Xr, sejenis tablet baru untuk merawat T2DM.
Kata Dr Wan, bilangan itu disifatkan besar jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat yang hanya mempunyai dua peratus golongan muda menghidapi penyakit itu.
Menurut kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan 2011, seorang dari lima penduduk di negara ini menghidapi diabetes.
Malaysia merupakan negara yang mempunyai penghidap diabetes dan pradiabetes tertinggi di Asia Tenggara.
Astro Awani
Sun Dec 23 2012
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Diabetes antara punca utama kematian di Malaysia
Diabetes melitus adalah satu daripada 10 penyebab utama kematian yang disahkan secara perubatan pada 2018, menurut Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2019.