IPOH: Syawal masih berbaki beberapa hari sahaja lagi dan di kesempatan itu ramai yang tidak melepaskan peluang meneruskan tradisi majlis rumah terbuka hari raya.
Tidak terkecuali Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua Islam Titian Abadi (PEKITA) di Lahat, di sini yang turut menganjurkan rumah terbuka bagi meraikan penghuninya dan juga waris terbabit.
Sambutan 1 Syawal tahun ini bagi 22 orang warga emas yang menghuni di rumah terbabit bagaikan tiada makna kerana difahamkan rata-rata daripada mereka tidak pulang beraya dengan keluarga atau anak-anak.
Menurut Pengerusi PEKITA, Ahmad Wanchik, walaupun beliau faham dengan kekangan yang dihadapi pihak waris atau keluarga, namun, situasi itu sedikit sebanyak mengundang sebak kepadanya.
"Raya tahun ini boleh dikatakan ramai penghuni yang tidak balik bersama-sama keluarga untuk menyambutnya. Disebabkan masalah tertentu, hal keluarga dan sebagainya.
"Seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, kita memang ada hubungi semua waris yang ada dan tanya bagaimana dengan ibu bapa, hendak bawa pulang atau tidak.
"Ada yang sibuk dan sebagainya, maka berhari rayalah penghuni di sini bersama kami, keadaan amat menyedihkan kerana ada di antara ibu bapa menunggu di pintu dan berharap anak-anak datang ambil tapi tidak kesampaian," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.
Bertitik tolak daripada itu, menurut Ahmad, sambutan rumah terbuka itu dianjurkan bagi menceriakan para penghuninya, sekali gus memberikan peluang kepada orang ramai untuk beramah mesra bersama mereka.
"Setelah dua tahun tiada jamuan hari raya susulan COVID-19, jadi Alhamdulillah tahun ini dapat diadakan.
"Kita ada juga memanggil penduduk sekitar, rakan-rakan serta para waris untuk meriahkan suasana.
"Sebenarnya menghantar ibu bapa atau ahli keluarga di rumah kebajikan bukanlah menjadi satu kesalahan, tidak... kami boleh uruskan. Tetapi bila sudah hantar, janganlah sampai tidak jenguk berbulan-bulan dan abaikan.
"Bukanlah semua begitu (abaikan) tetapi ada dalam kalangan waris yang begitu," katanya yang sudah menguruskan PEKITA selama 12 tahun dengan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bagi salah seorang penghuni wanita yang berusia 62 tahun, yang hanya dikenali sebagai Makcik, beliau baru sahaja menghuni rumah tersebut tahun lalu dan tidak pulang beraya tahun ini.
"Hari raya lalu kakak saya dan anak saudara datang ke sini menziarah, perasaan saya biasa saja sambut raya. Saya dihantar ke sini oleh anak saudara sebab sudah tiada siapa, saya ikut sajalah" katanya yang tidak pernah berumah tangga.
Berbeza bagi Pakndak, 68, yang sudah tujuh tahun menetap di sini, beliau berasa seronok dengan kehadiran rakan lain serta menikmati aktiviti seharian.
"Semua okey, saya seronok duduk sini ramai kawan. Kadang-kadang kasihan juga lihat penghuni lain yang tak boleh uruskan diri sendiri, saya bantu mereka apa yang patut.
"Ramai anak saudara yang jenguk dan uruskan saya, tiada masalah. Nak kata sedih, tidak juga sebab mereka ada datang melawat dan bawa saya ke rumah adik beradik lain," katanya.
Sementara itu,bagi salah seorang waris penghuni yang dikenali sebagai Khalid, 71, beliau sering menziarah salah seorang abang kembarnya yang dikenali sebagai Pakcik Zin, berusia 73 tahun di sini.
"Abang kembar saya, seorang daripadanya tinggal di sini sejak tahun 2020 sebab lebih mudah ada orang jaga, dia merupakan orang kelainan upaya (OKU) mental.
"Bagaimanapun, saya dan seorang lagi kembarnya sering menguruskan perihal kesihatan dan hantar dia ke klinik jika perlu, tiada istilah mengabaikan dan sebagainya," katanya yang hadir memeriahkan sambutan majlis tersebut.
Aida Aziz
Sat May 13 2023
Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua Islam Titian Abadi (PEKITA) di Lahat, Ipoh anjur majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bagi meraikan penghuninya dan juga waris. - Gambar Astro AWANI
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Umat Islam diseru istiqamah ibadah selepas Ramadan - Sultan Pahang
Ibadah yang dilaksana dan dipertingkatkan sepanjang Ramadan lalu dharap dapat diteruskan amalannya pada bulan-bulan lain.
Nikmati suasana Ramadan, Syawal di inap desa produk baharu pelancongan mesra Muslim
Pemain industri bersedia menawarkan pakej berkenaan di lokasi inap desa terpilih di seluruh negara bagi memulakan inisiatif ini.
Musim umrah jemaah luar negara tamat 30 Syawal - Arab Saudi
Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan musim umrah 1443 H bagi jemaah luar negara akan tamat pada 30 Syawal ini.
Sembilan keluarga pilu, rumah terbakar menjelang Syawal
"Saya tidak tahu bagaimana saya dan keluarga hendak sambut Aidilfitri tahun ini..."
Gaza menangis ketika menyambut 'Eid Fitri Mubarak'
Bukan mercun yang didengari tetapi ledakan bom peluru berpandu dari jet askar Israel yang membawa maut kepada warga awam Gaza.
Tiga beradik lemas: Mayat ketiga ditemui, operasi SAR ditamatkan
Mayat Khalif Naim Mohd, 16, ditemui kira-kira 20 meter dari lokasi penemuan mangsa kedua pada jam 12.40 tengah hari tadi.
3 beradik lemas: Lokasi kejadian bukan tapak pesta, patuhi PKPB - Polis
3 beradik lemas: Lokasi kejadian bukan tapak pesta, patuhi PKPB - Polis
PKPB: Pekan Rabu suram menjelang Aidilfitri
Keadaan amat berbeza pada tahun ini berikutan pandemik COVID-19 yang memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum disusuli dengan PKP Bersyarat (PKPB).
Masalah rumah tangga, mahu langsung akad nikah antara alasan nekad rentas negeri
Hari ini turut menyaksikan tindakan sama apabila sekurang-kurangnya 60 pemandu kenderaan gagal mengemukakan dokumen permit rentas negeri daripada polis.
Warga emas maut dirempuh motosikal dinaiki dua gadis remaja
Warga emas berusia 69 tahun itu alami kecederaan parah di kepala dan maut di tempat kejadian akibat rempuhan motosikal yang ditunggang oleh remaja berusia 15 tahun