KUALA LUMPUR: Kerajaan mengetatkan syarat program Malaysia My Second Home (MM2H) termasuk mengenakan tapisan keselamatan bagi memastikan tiada peserta yang terbabit dalam aktiviti pengintipan sebelum ini.
Jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, langkah itu diambil bagi memastikan hanya peserta yang benar-benar berkualiti memasuki negara ini.
"Kerajaan sebelum ini mengumumkan program MM2H telah diaktifkan semula dengan penambahbaikan dasar baharu.
"Antaranya, peserta mesti lulus tapisan keselamatan kerana sebelum ini ada kalangan peserta MM2H meloloskan diri dan akhirnya didapati dalam kegiatan pengintipan," katanya dalam Dewan Rakyat, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian kepada soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) mengenai rasional perubahan-perubahan tersebut terhadap MM2H.
Saifuddin Nasution menjelaskan, dasar baharu itu turut menetapkan peserta mengisytiharkan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta dan peserta perlu membuka akaun simpanan tetap dengan simpanan RM1 juta.
Menjawab soalan tambahan, beliau memberitahu, meskipun jumlah peserta MM2H menyaksikan penyusutan sehingga 50 peratus, namun nilai kewangan yang diperoleh negara merekodkan kira-kira RM1 bilion dalam tempoh setahun berbanding hanya RM958 juta dari tahun 2015 hingga 2019.
"Memang berlaku penurunan dari segi permohonan dan kelulusan... data 2019 sebelum COVID-19 mencatatkan yang memohon 3,900 orang, tetapi dengan syarat baharu, angka permohonan lebih kurang 2,000 iaitu penyusutan 50 peratus.
"Bagaimanapun kerana kita ketatkan syarat permohonan seperti simpanan tetap perlu ada RM1 juta, sekarang ini terdapat sebanyak 375 permohonan yang telah diluluskan. Ini bermakna terdapat RM375 juta telah ada dalam pasaran kewangan negara.
"Selain itu, 800 lagi permohonan telah kita beri prakelulusan, yang memerlukan mereka melengkapkan satu dua dokumen lagi termasuk tapisan kesihatan dan sebaik diluluskan nanti kita telah ada RM800 juta dalam akaun perbankan negara," katanya lagi.
Saifuddin Nasution berkata langkah kerajaan mengubah syarat berkenaan, ditambah faktor kestabilan politik negara ketika ini, selain keindahan alam sekitar serta kebolehan rakyat bertutur pelbagai bahasa, telah berjaya menarik pesara-pesara dari negara seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, dan Australia untuk menyertai program itu.
Umavathi Ramayah
Wed Jun 07 2023

Saifuddin Nasution berkata syarat kemasukan diperketatkan bagi memastikan hanya peserta yang benar-benar berkualiti memasuki negara ini. -Foto JAPEN
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.