KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Arau Datuk Ismail Kassim yang meninggal dunia semalam.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul menzahirkan ucapan itu sebelum sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pagi ini.
"Dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, saya ingin umumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa Datuk Ismail Kassim iaitu mantan Ahli Parlimen Arau telah kembali ke rahmatullah, semalam.
"Saya bagi pihak Dewan dan Parlimen ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
"Saya harapkan seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah dalam menghadapi situasi ini," katanya.
Beliau turut mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.
Ismail pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Arau dari 2008 hingga 2013 dan menjadi Senator pada 1999 hingga 2005.
Adik bongsu kepada Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim itu meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Selayang pada 2.45 petang, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Selayang pada 2.45 petang, semalam. -Astro AWANI
Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut
Kesemua 10 orang di dalam sebuah pesawat kecil terbunuh apabila pesawat itu terhempas di bandar Gramado, selatan Brazil.
Prospek Pelaburan 2025: Lebih Cabaran & Peluang
Memasuki tahun 2025 tidak lama lagi, ekonomi global dilihat berada di persimpangan, dengan ketegangan geopolitik, cabaran struktur di China dan dasar perdagangan AS, menambah ketidaktentuan pasaran. Ulasan bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Sorotan 2024: Melonjak ekonomi, melimpah kemakmuran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 bagi melimpahkan kemakmuran yang berpanjangan kepada rakyat dan negara.
Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu ini
Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami pergerakan harga tidak menentu minggu ini berikutan minggu dagangan yang singkat.
Prestasi FBM KLCI: Diunjur tidak berubah minggu ini berikutan musim perayaan
Dari segi teknikal, prospek jangka pendek FBM KLCI kekal berhati-hati, mencerminkan momentum perlahan dan isyarat pemulihan yang lemah manakala pemulihan jangka sederhana memerlukan pergerakan harga yang mantap, melebihi purata pergerakan eksponen 50 hari (EMA).
Musa Hassan akan terus bercakap, pertahankan negara dari ancaman - Peguam
Musa mengucapkan syukur atas keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan beliau.
Laporan DNA, bedah siasat pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah diperoleh
Mahkamah menetapkan 23 Januari depan sebagai sebutan semula kes pembunuhan kejam seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi pada Disember tahun lalu.
AWANI Ringkas: Inisiatif koc wanita diperluas bermula 31 Disember
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 maut selepas pesawat terhempas di Brazil
Sepuluh maut apabila sebuah pesawat terhempas di Gramado, Brazil pada Ahad.
Nahas turut menyebabkan 17 penduduk awam cedera dengan 12 yang lain dikejarkan ke hospital termasuk dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Nahas turut menyebabkan 17 penduduk awam cedera dengan 12 yang lain dikejarkan ke hospital termasuk dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Hanyut enam hari, nelayan hanya fikir mati
Muhammad Ikmal Hakimi dan Nor Hasrul terus tawakal dan berdoa agar selamat selama enam hari berada di lautan terutama laut dalam.
Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga Ismail Kassim
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul menzahirkan ucapan itu sebelum sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pagi ini.
Adik Shahidan Kassim masuk Bersatu
Ismail yang keluar UMNO pada Jun tahun lalu berkata beliau mengambil tindakan itu selepas hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.
'Asalkan bukan saya dan Azlan Man' - Ismail Kassim
Datuk Ismail Kassim mencadangkan mana-mana lapan daripada ADUN Barisan Nasional untuk menerajui negeri berkenaan.
Raja Perlis tidak mahu menteri besar 'boneka'
Hanya tiga wakil rakyat Pakatan Harapan dan dua wakil rakyat PAS yang hadir.
BN Perlis cadang Ismail Kassim Menteri Besar baharu
Barisan Nasional (BN) Perlis mencadangkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim sebagai calon menteri besar yang baharu.