KUALA LUMPUR :Kerajaan menyediakan Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 bagi membantu meningkatkan penyertaan golongan muda dalam industri francais di Malaysia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, melalui skim ini, golongan itu berpeluang menceburi bidang perniagaan dengan menjalankan perniagaan secara francais mikro dan mampu milik yang ditawarkan.
"KPDNHEP berpendapat, masih terdapat banyak lagi peluang untuk mengembangkan industri tersebut bukan sahaja di Sarawak bahkan di seluruh negara," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) mengenai usaha kerajaan untuk mempergiatkan lagi penglibatan usahawan muda dalam bidang francais.
Dalam pada itu menjawab soalan tambahan Robert mengenai inisiatif Belanjawan 2021 dalam membantu industri francais, Alexander memberitahu, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk pengembangan industri itu.
Menurutnya, inisiatif itu adalah bagi memanfaatkan golongan B40 dan M40.
"Jadi selaras dengan konsep francais untuk semua, kita melihat pembangunan francais perlu dilihat secara komprehensif dan memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40," katanya.
Beliau turut menjelaskan, ia bukan sahaja tertumpu di Sarawak sebaliknya di seluruh negara.
Ekoran itu katanya, KPDNHEP sedang berusaha mendapatkan konsensus bersama beberapa institusi pembiayaan dan Persatuan Francais Malaysia dalam mencapai matlamat itu.
"Kita juga telah mengadakan perbincangan dengan beberapa jenama syarikat francais agar terlibat dalam bidang ini dan membangunkan idea francais mikro dan mampu milik ini," tambahnya.
Beliau turut memberitahu, KPDNHEP akan mewar-warkan pelaksanaan inisiatif itu setelah prosedur tatacara pelaksana tersebut dimuktamadkan.
Umavathi Ramayah
Mon Nov 23 2020
![Dewan Rakyat: Pinjaman sehingga RM50,000, galak golongan muda sertai industri francais - Nanta Dewan Rakyat: Pinjaman sehingga RM50,000, galak golongan muda sertai industri francais - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600839708_TBkpdnhep.jpg)
Alexander Nanta Linggi berpendapat, masih terdapat banyak lagi peluang untuk mengembangkan industri francais di Malaysia. - Gambar fail/Astro AWANI
![Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718249777_KesZaynRayyan.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
![Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222558_abdullahsaidol.jpg)
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
![KUSKOP labur RM62 juta bina ekosistem keusahawanan menyeluruh KUSKOP labur RM62 juta bina ekosistem keusahawanan menyeluruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708658647_BPKUSKOPjpg.jpg)
KUSKOP labur RM62 juta bina ekosistem keusahawanan menyeluruh
Usaha MyFranchise itu mensasarkan penciptaan sehingga 900 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.
![Misi perdagangan francais Malaysia ke Istanbul potensi tarik pelaburan RM30 juta - Fuziah Misi perdagangan francais Malaysia ke Istanbul potensi tarik pelaburan RM30 juta - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698335902_TBfuziahsalleh.jpg)
Misi perdagangan francais Malaysia ke Istanbul potensi tarik pelaburan RM30 juta - Fuziah
Misi bertujuan mempromosi jenama francais tempatan sekali gus menembusi pasaran Turki yang mempunyai potensi besar.
![Malaysia adalah sempadan seterusnya untuk francais Thailand Malaysia adalah sempadan seterusnya untuk francais Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690328652_ratchadathanadirek.jpg)
Malaysia adalah sempadan seterusnya untuk francais Thailand
Beliau berkata Malaysia juga berminat untuk mengembangkan perniagaan francaisnya dengan Thailand.
![FIM2023 jangka potensi pelaburan francais RM550 juta FIM2023 jangka potensi pelaburan francais RM550 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684402723_TBfrancais.jpg)
FIM2023 jangka potensi pelaburan francais RM550 juta
FIM 2023 menjangkakan potensi pelaburan francais berjumlah RM550 juta sepanjang program itu berlangsung mulai hari ini hingga 20 Mei.
![KPDN sasar industri francais berkembang 20 hingga 30 peratus tahun ini KPDN sasar industri francais berkembang 20 hingga 30 peratus tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673142501_KetuaSetiausahaKP.jpg)
KPDN sasar industri francais berkembang 20 hingga 30 peratus tahun ini
Ia boleh dicapai sekiranya semua pihak berkepentingan membantu sektor francais untuk berkembang dengan menawarkan inisiatif sesuai.
![KPDNHEP akan bawa lebih banyak francais tempatan ke pasaran antarabangsa KPDNHEP akan bawa lebih banyak francais tempatan ke pasaran antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666137597_TescoMutiaraDamans.jpg)
KPDNHEP akan bawa lebih banyak francais tempatan ke pasaran antarabangsa
Francais tempatan telah berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia dengan lebih 68 jenama di 74 negara.
![Kerajaan galak lebih ramai sertai industri francais - Nanta Kerajaan galak lebih ramai sertai industri francais - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662630273_AlexanderNantaLing.jpg)
Kerajaan galak lebih ramai sertai industri francais - Nanta
Kerajaan menggalakkan lebih banyak pihak untuk mengambil peluang menceburkan diri dalam industri francais negara yang dilihat mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.
![KPDNHEP ketengah 14 syarikat francais Malaysia di Indonesia KPDNHEP ketengah 14 syarikat francais Malaysia di Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659778650_jakartacovid.jpg)
KPDNHEP ketengah 14 syarikat francais Malaysia di Indonesia
Sebanyak 14 syarikat francais Malaysia menyertai misi perdagangan ke Indonesia yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
![Industri francais mampu berkembang pesat di Sabah, Sarawak Industri francais mampu berkembang pesat di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653607124_AlexanderNantaLing.jpg)
Industri francais mampu berkembang pesat di Sabah, Sarawak
Nanta berkata, pendedahan industri francais belum mencapai tahap memuaskan di Sabah dan Sarawak.
![Misi perdagangan ke Jeddah bantu pengembangan jenama Malaysia di Timur Tengah Misi perdagangan ke Jeddah bantu pengembangan jenama Malaysia di Timur Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652178759_RosolWahid.jpg)
Misi perdagangan ke Jeddah bantu pengembangan jenama Malaysia di Timur Tengah
Malaysia menjalankan misi perdagangan francais ke Jeddah, Arab Saudi, untuk membantu pengembangan jenama Malaysia ke Timur Tengah.