Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul tambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah apabila mendapat persetujuan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang.
Usul dikemukakan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat pada pagi Rabu dan kemudian digulung Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong pada petang.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan usul berkenaan diluluskan secara berbelah bahagi selepas 158 Ahli Parlimen bersetuju.
“Yang setuju 158 Ahli Parlimen dan yang tidak setuju tidak ada. Tidak kurang daripada setengah (yang setuju), maka usul ini disetujukan,” katanya di dewan rakyat pada Rabu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengesyorkan jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Negeri Sabah ditambah sebanyak 13 Bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Negeri Sabah sebanyak 73 Bahagian.
Tiga belas DUN berkenaan ialah N.02 Bengkoka, N.06 Bandau, N.08 Pintasan, N.13 Pantai Dalit, N.17 Darau, N.24 Tanjung Keramat, N.27 Limbahau, N.44 Tulid, N.47 Telupid, N.51 Sungai Manila, N.58 Lamag, N.61 Segama, dan N.70 Kukusan.
Pertambahan Bahagian Pilihan Raya Negeri itu akan dapat meningkatkan tahap perkhidmatan wakil rakyat kepada penduduk tempatan di Sabah, khususnya penduduk yang berada di dalam kawasan Bahagian Pilihan Raya Negeri tersebut.
Pada masa sama, ia akan lebih memudahkan wakil rakyat serta penduduk untuk berinteraksi bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan kebajikan penduduk serta merancakkan lagi pembangunan di kawasan Bahagian Pilihan Raya Negeri.
Pada 9 Ogos 2016, DUN Sabah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah untuk meminda Perkara 14 Fasal (2) Perlembagaan Negeri Sabah bagi menambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada 73, berbanding 60 ketika ini.
Laporan SPR itu sudah diserahkan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Februari 2017, namun ia tidak diusul untuk pembentangan pada persidangan Parlimen ke-13 yang lalu.
Rahimah Abdullah
Wed Jul 17 2019
Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah apabila mendapat persetujuan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang. -Gambar fail
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Dewan Rakyat lulus usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah
Usul berkenaan diluluskan secara berbelah bahagi selepas 158 Ahli Parlimen bersetuju.