Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) 2017 yang bertujuan mengawal keselamatan sempadan darat Malaysia daripada sebarang kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata akta tersebut juga bertujuan meningkatkan peranan yang dilaksanakan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) sebelum ini menerusi kerjasama pelbagai agensi dengan bilangan anggota terlibat menjadi lebih besar.
"Tanpa menambah perjawatan baharu dan tanpa menambah belanjawan baharu, kita mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan negara dengan melakukan 'redeployment', dengan menyerap masuk anggota UPP dan Pasukan Gerakan Am (PGA) ke dalam Aksem ini.
"Ertinya semua 933 anggota yang dahulunya di bawah UPP digabungkan bersama dengan PGA dengan keseluruhan pasukan Aksem kini seramai 10,800 orang anggota tanpa melibatkan kos baharu,"katanya ketika menggulung perbahasan RUU tersebut di Dewan Rakyat hari ini.
RUU itu dibentangkan bagi bacaan kali kedua hari ini dan diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat menerusi undian suara.
Pembentangan akta itu antara lain bertujuan untuk melibatkan kerjasama lima agensi penguat kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
Malah, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) juga akan ditambah bagi meningkatkan kekuatan agensi tersebut.
Beliau turut memberi jaminan tidak akan berlaku pertindihan tugas di antara semua agensi terlibat mahupun pelanggaran akta sedia ada.
"Kita akan membuat putaran kerja setiap tiga bulan agar setiap bulan kita ada pegawai baharu yang bertugas di sempadan untuk menguatkan lagi penguatkuasaan undang-undang persempadanan darat,"katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2017
ZAHID: Tanpa menambah perjawatan baharu dan tanpa menambah belanjawan baharu, kita mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan negara dengan melakukan 'redeployment'.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Pembubaran Aksem tidak beri kesan negatif kepada kawalan sempadan
Pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) tidak mendatangkan kesan negatif kepada operasi penguatkuasaan pengawalan sempadan negara pada masa ini.
AKSEM dibubar, tugas diambil alih PDRM- Hamzah
Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang ditubuhkan pada Disember 2017 dibubarkan dan tugas-tugas agensi berkenaan diambil alih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Op Benteng: Pengorbanan anggota keselamatan cegah jenayah rentas sempadan
Isu pendatang asing tanpa izin, penyeludupan dadah dan daun ketum sering dikaitkan dengan pencerobohan sempadan negara.
RCI Wang Kelian: Pendatang asing seolah diajar, diatur pihak tertentu
Daripada soal siasat ke atas 38 pendatang asing yang ditahan dalam operasi di Bukit Wang Burma pada 19 Januari 2015, didapati jawapan yang diberikan adalah sama, seperti telah diatur dan diajar.