KUALA LUMPUR: Kemasukan ayam import tidak menjejaskan pengusaha ayam tempatan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah.
Menurutnya, kebenaran mengimport yang diumumkan pada 1 Disember 2021 hanya bersifat sementara sehingga bekalan ayam dalam negara dapat distabilkan.
Tambah beliau, kementerian sentiasa peka terhadap penternak tempatan dalam memastikan bekalan mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk pengguna.
“Purata keperluan ayam dalam negara adalah sebanyak 3,762 tan metrik (2.1 juta ekor) sehari atau 113,220 tan metrik (62.9 juta ekor) sebulan.
“Pada bulan Oktober hingga Disember tahun lalu, negara telah berhadapan dengan kekurangan bekalan ayam sebanyak 8.5 peratus (9,601 tan metrik/5.3 juta ekor).
“Sebagai langkah mengatasi kekurangan tersebut, MAFI telah membuka kebenaran mengimport sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan bagi tempoh Disember 2021 hingga Mei 2022.
“Sejumlah 36 buah syarikat telah diberi kebenaran mengimport untuk mengimport ayam bulat dan keratan dari loji luar negara yang diiktiraf serta tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (Pas - Setiu) yang bertanya langkah kerajaan dalam memastikan pengusaha ayam tempatan tidak terjejas akibat kemasukan ayam import.
Tambah beliau, bagi membantu meringankan beban penternak ayam tempatan susulan peningkatan kos pengeluaran ayam, kerajaan juga bersetuju memberi subsidi sebanyak RM0.60/kg bagi ayam bulat dan RM0.05/biji bagi telur gred A, B dan C.
Jelasnya, ia bermula dari 5 Februari hingga 5 Jun 2022 melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM528.52 juta.
“Usaha ini dijangka memberi manfaat kepada 2,061 penternak ayam pedaging dan 194 penternak ayam penelur.
“Manakala pengguna dapat menikmati harga ayam bulat lebih rendah iaitu RM8.90/kg dan harga telur antara RM0.39 hingga RM0.43 sebiji mengikut gred,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Tue Mar 15 2022
Bagi membantu meringankan beban penternak ayam tempatan susulan peningkatan kos pengeluaran ayam, kerajaan juga bersetuju memberi subsidi sebanyak RM0.60/kg bagi ayam bulat dan RM0.05/biji bagi telur gred A, B dan C. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.