KUALA LUMPUR: Seramai 17,599 individu diisytiharkan bankrap sejak 2020 hingga Mei lalu, dengan majoriti kes membabitkan kaum Melayu iaitu 10,266 kes.
Ini diikuti Cina dengan 4,447 kes, India (1,321 kes), lain-lain (1,516 kes), manakala 48 kes lagi melibatkan bukan warganegara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam jawapan bertulis berkata, mengikut pecahan negeri, Selangor mencatatkan jumlah kebankrapan tertinggi iaitu 4,164 kes dalam tempoh sama.
Sementara Wilayah Persekutuan dan Johor masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan jumlah 2,203 dan 1,987 kes.
Tiga negeri yang berada di kedudukan paling rendah pula ialah Perlis (99); Melaka (453); serta Terengganu (569).
Dalam kenyataan bertulis itu lagi, Wan Junaidi menambah daripada jumlah keseluruhan, individu berusia di antara 35 dan 44 tahun dikategorikan sebagai paling ramai muflis iaitu 6,681 orang.
"Kerajaan telah mengkaji undang-undang berkaitan kebankrapan melalui Akta Kebankrapan (Pindaan) 2017 [Akta A1534] yang telah berkuat kuasa pada 6 Oktober 2017.
"Melalui Akta A1534, kerajaan telah memberi hak perlindungan dan jaminan kepada bankrap berdasarkan lunas undang-undang yang telah digariskan berdasarkan rujukan dan perbandingan negara-negara luar seperti United Kingdom, Singapura, New Zealand dan Hong Kong," katanya dalam kenyataan bertulis itu.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) yang meminta penjelasan berhubung bilangan rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis sejak Januari 2020 hingga Mei lalu mengikut umur, jantina dan kaum.
Mujahid turut bertanya, adakah kerajaan bercadang membuat polisi baharu bagi mengelak lebih ramai diisytihar muflis di usia muda.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, Akta A1534 telah pun memperkenalkan peruntukan-peruntukan baharu bagi melindungi kepentingan penghutang dan individu bankrap.
Berikut peruntukan-peruntukan baharu tersebut:
1. Pelepasan Automatik di bawah seksyen 33C - Individu bankrap layak untuk dilepaskan secara automatik selepas 3 tahun dari tarikh pemfailan Pernyataan Hal Ehwal tertakluk kepada syarat-syarat yang telah digariskan dalam Akta Insolvensi 1967 [Akta 360];
2. Perlindungan penjamin sosial - Perlindungan mutlak diberi kepada penjamin sosial (tindakan perintah kebankrapan tidak boleh diambil) di bawah seksyen 5(3)(a) Akta 360;
3. Mekanisme Penyelamat (Voluntary Arrangement) - Kaedah dan mekanisme di bawah Bahagian I Akta 360 ini merupakan peluang terakhir bagi penghutang untuk berunding dengan pemiutang dan mengelakkan daripada perintah kebankrapan oleh Mahkamah;
4. Pelepasan tanpa bantahan pemiutang di bawah seksyen 33B(2A) - Pelepasan Melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi tanpa bantahan daripada pemiutang sekiranya bankrap berada dalam 4 kategori (penjamin sosial, Orang Kurang Upaya [OKU], bankrap telah meninggal dunia dan bankrap yang menghidap sakit serius).
Hasimi Muhamad
Wed Aug 03 2022
Dalam kenyataan bertulis itu lagi, Wan Junaidi menambah daripada jumlah keseluruhan, individu berusia antara 35 dan 44 tahun dikategorikan sebagai individu paling ramai muflis iaitu 6,681 orang - Foto/fail
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
SUKMA 2024: Sarawak bakal sajikan upacara pembukaan gilang-gemilang
Upacara itu akan memperlihatkan semangat perpaduan digambarkan menerusi gabungan pancaran laser yang pastinya memukau hadirin.
Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.
Wan Junaidi beri penghormatan terakhir buat penerima SP
Yang Dipertua Negeri Sarawak memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Kpl (B) Etin Jam, seorang penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
Pemergian Mutang: Fadillah, Wan Junaidi akui hilang sahabat baik
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara malah kepada masyarakat Orang Ulu di Sarawak.
Tun Wan Junaidi dianugerah Darjah Satria Bintang Sarawak
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima anugerah Darjah Satria Bintang Sarawak yang membawa gelaran "Pehin Sri".
Wan Junaidi sifatkan Tun Abdul Taib sebagai "Tunjang Keharmonian Sarawak"
Tun Taib telah menyemai semangat keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.
Wan Junaidi kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 123 penerima
Mendahului senarai 10 penerima anugerah Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran "Datuk Seri" ialah Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang.