KUALA LUMPUR: Seramai 1.76 juta atau 49.8 peratus kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun di negara ini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, setakat semalam.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata daripada jumlah itu, seramai 1.5 juta kanak-kanak atau 42.3 peratus lengkap menerima dua dos vaksin, manakala 1,030 kanak-kanak dalam kategori moderate to severe immunocompromised mendapat dos ketiga bagi melengkapkan vaksinasi primer sebanyak tiga dos.
Beliau berkata, peratusan itu masih rendah berbanding jumlah kemudahan vaksin yang disediakan untuk golongan terbabit.
"Sudah hampir enam bulan kita lancar program vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak. Apa yang saya lihat, kakitangan buat kerja bagus, sambutan dan kerjasama kerajaan negeri juga bagus, kerjasama klinik swasta juga menggalakkan. Tetapi, lengan sahaja tiada," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang), yang mahu kementerian menyatakan apakah usaha dan bajet yang sedang digerakkan untuk meningkatkan lagi kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun memandangkan kadar semasa kanak-kanak yang lengkap divaksin adalah sangat rendah.
Dr Noor Azmi, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) masih meneruskan usaha penerangan menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka untuk mendapatkan atau melengkapkan vaksin, termasuk melalui media elektronik dan media sosial.
Sehingga kini, katanya, masih terdapat 926 premis swasta yang menyediakan kemudahan pemberian vaksin dan 14 pusat pemberian vaksin secara 'off-site'.
Beliau berkata, bagi kanak-kanak yang terlepas dos kedua vaksin mereka, ibu bapa boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat untuk membuat janji temu bagi melengkapkan vaksin anak mereka.
Sementara itu, katanya, KKM juga memperhebatkan program untuk golongan sasar mendapatkan dos penggalak kedua terutama mereka yang digalakkan untuk mendapatkannya.
Katanya, amat penting bagi golongan terbabit mengambil dos penggalak kedua kerana keberkesanan vaksin yang menurun serta kes jangkitan yang meningkat kebelakangan ini.
- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Noor Azmi berkata peratusan itu masih rendah berbanding jumlah kemudahan vaksin yang disediakan untuk golongan terbabit. - Gambar fail

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion - Amir Hamzah
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem pengairan saliran pertanian seluruh negara
Sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM tahun ini.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Dewan Rakyat lulus RUU CCUS 2025, beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini untuk memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekon

MOT perkenal dasar galak industri kargo, pengangkutan guna ECRL
Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan dasar baharu bagi menggalakkan syarikat kargo dan pengangkutan menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).