LABUAN: Dewan Perniagaan Cina Labuan (LCCC) pada Isnin meminta kerajaan Persekutuan mengembalikan status pulau bebas cukai penuh kepada wilayah itu untuk meningkatkan semula tarikannya bagi para pengunjung.
Presidennya Datuk Wong Kii Yii berkata tiada sebarang keputusan terbabit dibuat setakat ini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, termasuk menyerahkan surat kepada pihak-pihak berkaitan.
Malah, beliau menyifatkan status bebas cukai yang dinikmati Labuan ketika ini sebagai tidak mampu menarik pengunjung berikutan harga barangan yang kekal tinggi dan kurang menarik di mata pelancong.
"Status semasa Labuan itu tidak menyebabkan harga barangan rendah, sekali gus dilihat sebagai kurang menarik untuk menggalakkan kehadiran pelancong," katanya pada majlis makan malam sempena Tahun Baharu 2024 di sini, malam tadi.
Wong juga secara khusus menekankan keperluan seperti penjualan rokok bebas cukai yang mampu menambah daya tarikan Labuan.
"Oleh itu, LCCC meminta Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abd Rahman dan Ketua Umno Labuan Datuk Rafi Ali Hassan untuk memperjuangkan perkara ini dengan membawanya kepada perhatian kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata status bebas cukai penuh itu penting dan menjadi aspek kebergantungan ekonomi Labuan dalam menarik lebih ramai pengunjung.
Selain status itu, Wong turut menekankan kepentingan menambah kekerapan penerbangan ke Labuan bagi merancakkan sektor pelancongan.
"Penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia yang terhad misalnya menjejaskan daya tarikan Labuan di mata pelancong, khususnya dari China.
"Oleh itu, LCCC berharap kerajaan dapat campur tangan bagi menangani isu itu dan berupaya memacu prospek ekonomi Labuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024

Wong Kii Yii berkata tiada sebarang keputusan terbabit dibuat setakat ini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, termasuk menyerahkan surat kepada pihak-pihak berkaitan. - Foto BERNAMA

Dua tahanan lari dari Mahkamah Kuching berjaya diberkas - Polis
Kedua-dua suspek positif dadah dan reman mereka diluluskan selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

601 penghuni di 34 penjara dilepaskan secara lesen sempena Aidilfitri
Seramai 601 penghuni dari 34 institusi penjara di seluruh negara dibebaskan hari ini menerusi Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI sempena Aidilfitri.

Dendam motif pembunuhan lelaki Myanmar di Tasek Gelugor - Polis
Polis telah menahan lapan lelaki dan sedang mengesan suspek utama yang terlibat dalam kes ini.
AWANI Ringkas: Hari ke-6 beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China sokong kepimpinan dalam ASEAN
Duta Besar China ke ASEAN, Hou Yanqi berkata Beijing menyokong penuh tema Malaysia iaitu Keterangkuman dan Kemampanan, serta mengiktiraf kepimpinan negara dalam memajukan hubungan ASEAN-China.
Rundingan Iran-AS tidak mungkin lagi berlaku
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berpendapat rundingan nuklear baharu dengan Amerika Syarikat tidak mungkin lagi diadakan kecuali berlaku beberapa perubahan drastik.

Inflasi dijangka meningkat antara 2.0-3.5 peratus, kekal terurus tahun ini - BNM
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.5% hingga 5.5% pada 2025, didorong oleh permintaan domestik dan perbelanjaan sektor swasta yang stabil.

"Jangan sukarkan lagi keadaan" - Diana Danielle tak halang Farid Kamil jumpa anak
PELAKON, Diana Danielle enggan menjadikan perceraiannya sebagai batu penghalang untuk anak-anak bertemu bapa mereka, Farid Kamil.
Penggunaan elektrik berlebihan punca kebakaran meningkat
Penggunaan tenaga elektrik secara berlebihan antara punca peningkatan berlakunya kebakaran kediaman dan premis pada musim perayaan.

Anak-anak pulang beraya ke kampung bekas suami - Diana Danielle
Diana Danielle tidak kisah sekiranya anak-anaknya pulang menyambut lebaran di kampun bekas suaminya, Farid Kamil di Sungai Petani, Kedah.

Dewan perniagaan minta status bebas cukai penuh Labuan dikembalikan
LCCC pada Isnin meminta kerajaan Persekutuan mengembalikan status pulau bebas cukai penuh kepada wilayah itu untuk meningkatkan semula tarikannya bagi para pengunjung.