KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan tiga Rang Undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan (MOF) berkaitan perbelanjaan tambahan kerajaan, penambahbaikan pentadbiran cukai, serta levi keuntungan luar biasa.
RUU terlibat ialah RUU Perbekalan Tambahan (2022) 2023; RUU Kewangan 2023; serta RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023 yang diluluskan dengan suara majoriti.
Ketika membentangkan RUU Perbekalan Tambahan (2022) 2023, Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2022 berjumlah RM60.17 bilion daripada Kumpulan Wang Disatukan adalah untuk membiayai perbelanjaan bekalan.
"Peruntukan tambahan perbelanjaan mengurus pertama 2022 dibentangkan bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya dalam Belanjawan 2022 yang lepas," katanya.
RUU Perbekalan Tambahan (2022) 2023 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 30 Mac lepas.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata RUU Kewangan 2023 adalah untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Kewangan 2018.
Sim berkata RUU berkenaan adalah bagi menguatkuasakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari lepas.
"Di samping itu, (ia bertujuan) melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai yang memerlukan pindaan kepada akta-akta berkaitan," katanya.
Dewan Rakyat telah meluluskan RUU Kewangan 2023 dan RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023 pada 3 April lepas.
Sim berkata pelaksanaan RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023 tidak melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
Beliau berkata kerajaan akan meneruskan kutipan levi keuntungan luar biasa bagi menjana hasil tambahan yang boleh digunakan untuk membiayai program pembangunan negara.
"Bagi tujuan tersebut, Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Buah Kelapa Sawit) 2023 telah diwartakan pada 31 Jan, 2023 bagi mengenakan dan mengutip levi ke atas pengeluaran buah kelapa sawit berkuat kuasa mulai 1 Feb, 2023.
"Perintah ini telahpun dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 Feb, 2023," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023

RUU Perbekalan Tambahan (2022) 2023; RUU Kewangan 2023; serta RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023 diluluskan dengan suara majoriti.- Fail/BERNAMA

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN banteras jenayah siber
Malaysia memperhebatkan usaha membanteras jenayah rentas sempadan, khususnya penipuan siber menerusi kerjasama strategik.

Dewan Rakyat lulus RUU Perkhidmatan Parlimen
RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada Parlimen dalam melaksanakan tugasnya, sekali gus memastikan sistem demokrasi negara lebih matang dan bebas.

Sembilan pakej LPB Sarawak Fasa 1 siap, dibuka kepada pengguna jalan raya
Status kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Fasa 1 melibatkan sembilan pakej sepanjang 641 kilometer (km), telah siap sepenuhnya.

Senator Datuk Salehuddin Saidin dilantik Pengerusi MAIS baharu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Senator Datuk Salehuddin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baharu berkuat kuasa 1 Mac.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.

Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.

Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.