Shalwati Norshal, yang dibebaskan daripada Penjara Hinseberg, Frovi di Sweden pada Isnin lalu selepas dijatuhi hukuman penjara 14 bulan bagi kesalahan memukul anaknya semasa berada di negara itu, selamat tiba di tanah air hari ini.
Shalwati, 46, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini kira-kira 1.41 petang dari Sweden selepas transit di Dubai dengan menaiki pesawat Emirates EK 0408 ditemani kakaknya Noor Azila Makhzan, 52.
Shalwati yang memakai sut hitam dan berselendang putih disambut suaminya Azizul Raheem Awalludin, 38, serta anggota keluarga terdekat di Pejabat Pelancongan KLIA, kelihatan sebak setelah hampir sembilan bulan terpisah.
Pada 29 Mac, Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya itu dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah di Sweden kerana kesalahan memukul anak mereka dari September, 2010.
Azizul Raheem, dibebaskan pada 9 Julai selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan di Sweden.
Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, dijatuhi hukuman penjara 14 bulan.
Bagaimanapun hukuman itu dikurangkan dan kedua-dua mereka hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu.
Shalwati berkata berikutan tidak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama keluarga pada raya puasa lepas, beliau akan menebusnya pada solat sunat Aidiladha Ahad ini.
"Hari Raya Aidiladha kali ini lebih bermakna selepas tidak dapat menyambut Aidilfitri lepas bersama, saya akan menggunakan waktu itu bersama anak dan suami dengan sebaiknya," katanya kepada pemberita di KLIA.
Beliau berkata kerinduan terhadap tanah air juga menimbulkan perasaan ingin sujud dan mencium tanah Malaysia sebagai tanda bersyukur atas kebebasannya.
Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, katanya beliau teruja untuk kembali bertugas sebagai guru di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dalam masa terdekat.
"Mengenai anak-anak pula, saya akan menunggu sesi persekolahan tahun ini tamat sebelum memindahkan mereka ke sekolah di sekitar Kuala Lumpur," kata Shalwati.
Menceritakan pengalaman semasa di dalam penjara, beliau berkata detik dipenjarakan merupakan saat beliau merapatkan diri dengan Allah swat dan mengibaratkannya sebagai 'percutian memantapkan rohani'.
Sementara itu, Azizul Raheem berkata kepulangan isterinya tepat pada waktu tatkala umat Islam bakal menyambut Aidiladha.
"Alhamdulilah Shalwati sudah selamat pulang, sudah nampak depan mata," katanya.
Shalwati dan Azizul Raheem akan pulang ke Kota Baharu, Kelantan dengan penerbangan pukul 6.35 petang ini dan keempat-empat anaknya iaitu Aisyah, 15, Ammar, 13, Adam, 12 dan Arif, 8, menunggu mereka di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Bernama
Wed Oct 01 2014
Shalwati Norshal, yang dibebaskan daripada penjara di Sweden atas kesalahan memukul anaknya di sana, selamat pulang ke tanah air hari ini.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.