Kerajaan negeri akan meneruskan program Dermasiswa Pendidikan Yayasan Perak bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah, meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sehingga kini kerajaan negeri telah membantu meringankan beban lebih 14,000 pelajar sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009.
Beliau berkata bantuan berkenaan diberikan kepada pelajar khususnya anak Perak daripada keluarga berpendapatan rendah bagi menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Muda Profesional.
"Sekiranya ada pelajar yang perlukan bantuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti dan kolej diiktiraf, boleh maklumkan bagi kita bantu melalui peruntukan yang ada.
"Kadar dermasiswa adalah RM300 (Sijil/Matrikulasi), RM500 (Diploma), RM1,000 (Ijazah Sarjana Muda) dan RM1,200 (Ijazah Sarjana Muda Profesional) dan bantuan akan diberikan secara langsung kepada pelajar," katanya.
Zambry berkata demikian pada sidang media selepas menutup Program Perkhemahan Pemimpin Pelajar Amanjaya (Mahasiswa Perak) 2017 di Outward Bound School, di sini hari ini.
Majlis berkenaan turut menyaksikan 100 mahasiswa Perak yang juga wakil pelajar dari pelbagai Universiti Awam di Seluruh Malaysia mengikuti perkhemahan tiga hari bermula 17 Mac lepas.
Terdahulu, Zambry meluangkan masa hampir dua jam dalam sesi soal jawab bersama kesemua pelajar tersebut merungkai pelbagai isu termasuk aspek pembangunan dan pendidikan negeri Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2017
ZAMBRY: Sehingga kini kerajaan negeri telah membantu meringankan beban lebih 14,000 pelajar sejak dermasiswa itu diperkenalkan pada tahun 2009. - Bernama
Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI
Samsung Malaysia mengumumkan pelancaran siri Galaxy S25, menampilkan model Galaxy S25 Ultra, Galaxy S25, dan Galaxy S25, yang direka untuk mendefinisikan semula pengalaman mudah alih.
AWANI Borneo [5/2/2025] – Elak renjatan| Tidak termasuk LNG| Tuntutan palsu RM20,000
AWANI Borneo Rabu, 5 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Monopoli projek: Tiga ahli perniagaan, wanita Vietnam direman lima hari
Tiga ahli perniagaan dan seorang wanita warganegara Vietnam ditahan reman lima hari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di Sarawak.
Akauntan didakwa buat tuntutan palsu RM20,000
Sharin Lusiyau, 35 tahun bertugas di Jabatan Bendahari Negeri Sabah didakwa melakukan kesalahan itu sebanyak 16 kali pada tahun 2023 dengan mengemukakan resit penginapan hotel yang tidak pernah didiami, menggunakan nama sendiri dan beberapa individu lain.
RM1.085 Bilion untuk projek naik taraf paip lama di Sarawak
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.085 bilion untuk melaksanakan projek penggantian dan naik taraf paip lama di seluruh negeri.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank dalam kenyataannya bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir.
Mangsa banjir di PPS Sarawak terus menurun
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa menurun kepada 5,281 orang berbanding 5,747 pada sebelah pagi.
Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Seorang peguam memberitahu mahkamah bahawa pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong mengaku memberi keterangan palsu.
Beberapa kawasan di Lundu dinaiki air
Hujan lebat tanpa henti sejak pagi menyaksikan beberapa kawasan di Lundu, Sarawak dinaiki air. Antara yang teruk terjejas, kawasan borong King Supermarket, lokasi tumpuan orang ramai membeli barang keperluan.
Dermasiswa Pendidikan Yayasan Perak diteruskan bagi bantu pelajar - Zambry
Kerajaan negeri teruskan program Dermasiswa Pendidikan Yayasan Perak bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah, meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.