KUALA TERENGGANU: Deretan 12 buah rumah kedai termasuk sebuah kedai emas di Jalan Kampung Cina di sini, musnah dalam kebakaran malam ini.
Pemilik Kedai Emas Seri Cahaya Mohd Ridzuan Mohd Yasin, 39, berkata dia mengetahui mengenai kejadian itu pada 8.15 malam setelah dimaklumkan oleh rakannya.
"Saya tutup kedai 5 petang tadi dan pulang ke rumah di Hiliran (di sini)... Selepas tahu kedai terbakar saya bergegas ke kedai tapi masa sampai api dah marak dan bomba tak benarkan saya masuk.
"Saya tak sempat nak selamatkan apa-apa dan tak tahu setakat mana tahap kerosakan barang kemas yang ada dalam kedai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.
Katanya, kedai milik keluarganya itu telah beroperasi sejak 25 tahun lepas dan terdapat peti besi untuk menyimpan stok barangan kemas selain beberapa mesin dan peralatan pertukangan emas.
Menurut Mohd Ridzuan, dia dimaklumkan kebakaran bermula dari sebuah kedai kain, menyebabkan api marak dengan cepat ke kedai bersebelahan.
Dalam kejadian itu juga, difahamkan empat keluarga yang menginap di deretan rumah kedai berkenaan tinggal sehelai sepinggang.
Seorang daripada ahli keluarga mangsa, Cham Lau Wee, 53, berkata dia yang sedang makan di medan selera berhampiran, bergegas ke tempat kejadian setelah diberitahu mengenai kebakaran itu.
"Ada empat orang keluarga tinggal di rumah keluarga (pusaka) kami ini, tapi semua tak ada di rumah masa kejadian. Abang dan kakak ipar pergi Melaka, dua lagi kakak keluar bersenam, saya tinggal di rumah berasingan di Jalan Sultan Sulaiman.
"Saya tak sempat selamatkan apa-apa termasuk tiga motosikal dalam rumah sebab masa sampai api dah besar," katanya yang memberitahu bahawa rumah berstruktur papan berkenaan sudah didiami keluarganya lebih 60 tahun.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohd Khairiri Mat Rasad @ Arshad berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.42 malam namun pasukannya telah berada di tempat kejadian lebih awal.
Katanya, oleh kerana jarak balai bomba dari tempat kejadian hanya 800 meter dan pihaknya telah mengetahui tentang kebakaran itu daripada orang awam yang datang terus ke balai.
"Lima buah rumah kedai musnah 100 peratus, manakala selebihnya ada yang musnah 90, 50 dan ada yang hanya 30 peratus," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata 60 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi dengan empat jentera, dua lori tangki serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
"Api berjaya dikawal dalam 45 minit manakala punca kebakaran masih dalam siasatan. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 18 2022

Seramai 60 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu dengan empat jentera, dua lori tangki serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). - Gambar/ Media sosial

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.

Deretan rumah kedai di Kampung Cina Kuala Terengganu terbakar
Deretan 12 buah rumah kedai termasuk sebuah kedai emas di Jalan Kampung Cina di sini, musnah dalam kebakaran malam ini.