Pemilik taska di Presint 15 di sini dan dua bekas pekerja yang ditahan reman sejak Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes dua bayi disyaki didera, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt S.Vijaya Rao berkata ketiga-tiga wanita itu akan dibebaskan kira-kira 4 petang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
"Siasatan terhadap kes dera dua bayi itu yang tersebar dalam laman sosial sejak Khamis lepas hampir selesai dan hanya menunggu laporan kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pada Jumaat lalu, polis menahan pemilik taska berumur 27 tahun serta dua bekas pekerja, masing-masing berumur 21 dan 19 tahun berhubung kes dera yang didakwa melibatkan seorang bayi lelaki berumur 13 bulan dan bayi perempuan berumur empat bulan.
Taska itu diarah ditutup bermula hari ini sehingga ia berdaftar dengan JKM.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata pemilik taska itu menghantar gambar bayi lelaki dengan kesan lebam pada mukanya melalui aplikasi WhatsApp kepada ibu bayi itu, seorang pegawai kerajaan, pada 4.10 petang 25 Mei lepas.
Katanya, pada 8.42 malam (hari yang sama), ibu bayi itu menerima satu lagi WhatsApp daripada pekerja taska yang memaklumkan anaknya didera pemilik taska.
Pada Selasa lepas, laporan polis dibuat oleh pemilik taska itu setelah dia menerima WhatsApp bergambar berhubung kanak-kanak didera di taska berkenaan.
"Pemilik taska mengesyaki perbuatan itu dilakukan dua bekas pekerjanya berumur awal 20-an, yang melarikan diri pada Sabtu lepas, sebelum mereka menyebarkan gambar seorang bayi perempuan yang mulutnya ditutup dengan kain lampin dalam internet," katanya.
Ibu bayi lelaki itu turut membuat laporan polis berhubung kesan lebam pada muka anak lelakinya akibat didera.
Polis juga menerima laporan daripada bekas pekerja taska pada Rabu lepas, yang menafikan mereka mendera kanak-kanak di taska terbabit sebaliknya mendakwa pemilik taska yang mendera kanak-kanak itu.
Bernama
Mon Jun 06 2016
Siasatan terhadap kes dera dua bayi itu yang tersebar dalam laman sosial sejak Khamis lepas hampir selesai dan hanya menunggu laporan kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). -Gambar hiasan
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes dera: Pemilik dan pengasuh taska akan didakwa
Pemilik taska yang ditahan berhubung kes tiga kanak- kanak diikat dan dipercayai didera akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang dalam masa terdekat.
Kes kanak-kanak diikat: Taska beroperasi tanpa lesen
Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bangi yang disyaki terbabit dalam kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera didapati beroperasi tanpa lesen.
Gambar bayi diikat: Empat wanita disambung reman dua hari lagi
Perintah reman terhadap empat wanita yang ditahan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini, disambung dua hari lagi sehingga Selasa ini.
Dera bayi: Pemilik taska, dua bekas pekerja bebas dengan jaminan polis
Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt S.Vijaya Rao berkata ketiga-tiga wanita itu akan dibebaskan kira-kira 4 petang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.