LENGGONG: Penjenayah pemerdagangan hidupan liar di negara ini khasnya pemburu haram, bakal berdepan denda mencecah RM1 juta sebaik sahaja pindaan kepada akta sedia ada selesai dilaksanakan kerajaan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata kerajaan dalam peringkat akhir meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan seterusnya di Parlimen dalam membendung jenayah pemerdagangan hidupan liar di negara ini.
Beliau berkata pindaan itu bakal menambah baik akta tersebut termasuk peningkatan denda daripada RM500,000 ketika ini bagi kesalahan pemerdagangan hidupan liar kepada denda RM1 juta kelak.
"Ini membuktikan kita sangat serius untuk memelihara khazanah negara dengan meningkatkan undang-undang sedia ada bagi mengawal pencerobohan, pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar.
"Kita kenal pasti jenayah mencuri pemerdagangan hidupan liar sering berlaku melalui jualan secara dalam talian dan eksport yang merugikan negara," katanya dalam sidang media selepas majlis Penyampaian Watikah Pelantikan 201 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Orang Asli di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) hari ini.
Untuk rekod, Akta 716 kini selalu digunakan kepada mana-mana pesalah termasuk pemburu haram yang boleh didenda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Dilapor, Ketua Pengarah Jabatan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim pernah memberi cadangan yang sama dalam meminta akta sedia ada pada Ogos tahun lepas sebagai tanda usaha tegas kerajaan membanteras kegiatan pemburuan haram.
Terdahulu dalam ucapannya, Shamsul Anuar berkata seramai 135 orang pesalah membabitkan 96 warga tempatan dan 39 warga asing telah ditangkap tahun ini atas pelbagai kesalahan dalam Akta 716 itu dengan nilai sitaan sebanyak RM1.7 juta selain 630 jerat dan 141 khemah pendatang pula telah dimusnahkan.
Selain itu katanya, kerjasama pelbagai agensi dan pihak berkuasa pada tahun lepas pula telah berjaya menangkap 64 orang pesalah membabitkan 32 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM636,600 dan memusnahkan 433 jerat.
Mengenai program hari ini, Ahli Parlimen Lenggong itu berkata sehingga kini seramai 538 veteran ATM dan Orang Asli telah dilantik melalui Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) bagi membolehkan kerajaan terus melindungi hasil negara yang bernilai tinggi.
Beliau berkata pasukan tersebut akan menjadi mata dan telinga kerajaan di kawasan panas seperti Taman Negara yang dikenal pasti sering menjadi lokasi aktiviti pemburuan haram bagi hidupan liar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, BP3 diperkukuh membabitkan peruntukan RM32 juta dengan penglibatan 600 veteran ATM, veteran Polis dan Orang Asli yang melibatkan kawalan penguatkuasaan seluas 20,000 kilometer persegi di seluruh Taman Negara termasuk kawasan habitat Harimau Malaya yang telah dikenal pasti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021

Seekor gajah yang dibunuh pemburu haram untuk diambil belalainya ketika ditemui di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Hutan Simpan Kawag, Lahad Datu pada 27 Disember lalu. - Gambar fail/ Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Fiji berminat contohi model pembangunan Malaysia - PM Anwar
Fiji menyatakan minat terhadap model pembangunan Malaysia, khususnya pendekatan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperkasakan sektor ekonomi dan pendidikan negara.

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.